Dari lebih 7 bilion manusia yang hidup di dunia ketika ini, kurang dari 11 juta adalah jutawan. Malah tidak sampai 1,300 individu yang mampu capai status billionaire. Orang Asia terkaya (Li Ka-shing) pula hanya mampu menduduki tempat kesembilan dalam carta 10 manusia terkaya dunia.
Dalam konteks tokoh korporat tempatan pula, orang Melayu terbilang Malaysia (Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary) cuma dikatogerikan dalam kelompok 350 individu paling kaya dunia.
Menurut senarai Manusia Paling Berkuasa Dunia pula, Forbes tidak langsung menamakan mana-mana tokoh Malaysia. Sebaliknya usahawan muda teknologi Barat seperti Mark Zuckerberg (Pengasas FaceBook), Sergey Brin (Google), Larry Page (Google) dan Jeff Bezos (pemilik Amazon) masing-masing dinobat dalam kedudukan kesembilan, ke-30 dan ke-40 Manusia Paling Berkuasa Dunia ketika ini.
Semua ini seakan menjadi satu igauan ngeri buat kita - orang Asia, rakyat Malaysia dan Melayu khasnya. Kebanyakan kita sering menganggap pentas dunia cuma mampu dikuasai oleh tokoh Barat. Mereka dilihat sebagai manusia terhebat dan hanya mereka sajalah yang layak untuk bercita-cita menjadi tokoh itu dan ini di peringkat dunia atau antarabangsa.
Sebaliknya kita akan lebih ditertawakan jika bercakap tentang visi dan misi untuk 'menerjah dunia'. Mengapakah kita perlu terlalu merendah diri (inferiority Complex). Masih takut untuk bercita-cita tinggi apatah lagi untuk melonjak idea dan sebarang usaha ketahap kelas dunia? Justeru, satu anjakan paradigma berani perlu dilakukan segera meliputi sistem pendidikan, daya fikiran dan kaedah menilai sesuatu usaha dan bakat.
Sementara kita kagum pada begitu ramai individu tersohor Malaysia. Anak muda dan bangsa Malaysia perlu bangkit dan berani mencabar diri masing-masing untuk mencipta sejarah dunia buat Malaysia- membina sebuah syarikat se-gah Facebook, Google atau Amazon.
Asia bukan lagi untuk Asia. Sebaliknya Dunia adalah juga hak bersama Asia. Dengan kerjasama erat diantara pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan bakat usahawan tulen yang boleh dipupuk, kita yakin tokoh dari kalangan rakyat kita juga mampu 'menerjah dunia'
22 Mac 2012
BANGSA MALAYSIA PERLU 'MENERJAH DUNIA' BUAT MALAYSIA.
✔
EmahTimah
9:25 PG

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sosial Media
Paling Dibaca
-
1. Individu yang berbuat baik kerana sesuatu perkara boleh dilabelkan sebagai hipokrit dan oleh sebab itu individu berkenaan sanggup menjelm...
-
1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang me...
-
1. Sudah menjadi lumrah manusia sifat tuduh-menuduh adalah tidak asing lagi dengan lantang menuding jari kearah orang lain dengan niat yang ...
-
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dipotong lapan) 6 sm halia 3 batang serai 3 labu bawang besar 2 helai daun kunyit 1 ½ biji kelapa atau 1 peket sa...
-
Bahan-Bahan: 2 bungkus agar-agar 2,000 ml air 50 g gula ½ cawan gula merah ¼ cawan susu pekat Sedikit pewarna merah dan ungu Loyang atau se...
-
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 1 Jurutera 2 Juruukur 3 Pegawai Kesihata...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan koson...
-
1. Tiada yang lebih bermakna selain memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri mahupun orang lain asalkan ianya membawa kebaikan b...
-
Salam hormat kepada semua para sahabat dan pelawat. 1. Rasanya semua telah sedia maklum tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Se...
-
1. Banyak yang berlaku hari ini yang dapat kita lihat dan baca di dada akhbar rata-rata wanita atau isteri dipukul, dibelasah sehingga lebam...
EmoticonEmoticon