15 Mei 2010

Seksanya Ekzema

1. PENYAKIT kulit! Bunyinya tidak menakutkan tetapi tentu menggerunkan jika anda sendiri menghidapinya atau melihat orang menderita kerananya. Penyakit kulit menakutkan bukan kerana kesakitan yang dialami tetapi kerana ia menonjol secara luaran dan mencacatkan penampilan seseorang individu.

2. Kebanyakan penyakit kulit tidak berbahaya dan jarang sekali mengancam nyawa. Namun, kehadiran mana-mana penyakit kulit sekalipun pasti akan menggusarkan kehidupan seharian, bukan sahaja kerana ia menyebabkan ketidakselesaan tetapi turut membuatkan rasa rendah diri untuk bergaul dalam masyarakat.

3. Jika membincangkan masalah kulit, mungkin perkara pertama yang difikirkan adalah kecantikan bagi seorang wanita. Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.

4. Jika anda merupakan ibu bapa atau saudara kepada pesakit ekzema, pasti memahami ia sesuatu yang amat sukar dihadapi. Sungguhpun tidak mengancam nyawa, pesakit yang hidup tidak selesa ‘dalam kulit sendiri’ sudah pasti sukar menjalani kualiti hidup yang baik seperti orang lain.

5. Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim menjelaskan ekzema, yang juga dikenali sebagai dermatitis, berasal dari perkataan Grek yang bermaksud ‘panas meluap-luap’ yang menggambarkan rasa pada kulit ekzema.

6. Ekzema merangkumi sebilangan masalah kulit yang biasa ditemui, dari yang paling ringan sehingga yang paling teruk, dan dianggarkan 30 hingga 35 peratus pesakit yang dirujuk ke HKL menghidap ekzema.

7. Ekzema atopik pula merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit,” ujar beliau.

8. Menurut Dr. Sabeera, ekzema merupakan sejenis penyakit yang membebankan seperti diabetes kerana ianya kronik dan berlarutan untuk satu jangka masa yang panjang.Tambahnya, penyakit ini mungkin menyebabkan anak tidak dapat ke sekolah sehingga beberapa bulan akibat terdedah kepada cuaca panas, debu dan peluh sementara ibu bapa mungkin terpaksa mengambil cuti bagi menjaga anak yang mengalami ekzema teruk. 9. Bagaimanapun, situasi ini biasanya tidak berlanjutan seumur hidup. Dianggarkan dua pertiga pesakit ekzema akan semakin pulih apabila mereka meningkat dewasa, kebanyakannya sekitar umur 18 tahun.

10. Ekzema atopik juga dikaitkan dengan penyakit atopik lain seperti asma (lelah) dan allergik rhinitis. Ruam susu yang biasa dilihat pada bayi pula merupakan antara tanda awal masalah ekzema, terutamanya jika ibu bapa bayi menghidap penyakit atopik atau alahan lain.

11. Jadi kepada rakan-rakan yang mungkin senasib dengan topik yang dibincangkan ini, jangan risau-risau kerana ianya tidak akan berlanjutan dan yang penting jangan tension dan pastikan sentiasa mendapat rehatnya yang mencukupi.

9 ulasan

salam..sejujurnya sy ada eczema..tension jugalah kalau siang hari, dah habis aktiviti lambat je mandi mulalah..lps tu kalau stress,mmg die jadi banya.kdg2 terfikir apa kaitan stress dgn skin disease..hehehe..ape2 pun skrg ni dah makin berkurangan..thanks utk info

Saya pun tak terkecuali dengan penyakit ini. Gatal dan tak tahannya tuhan saja yang tahu tp sekarang syukur dah kurang sanggat-sanggat :)

guna aje vaseline...

GUna aje vaseline, tentu baik

Bape harganya yer?

Dalam RM7 aje, ada jual kat Guardian....berkesan

SALAM..
bila kita stress, kekuatan sistem imun kita akan berkurangan..
sebab tu bila stress, ekzema jadi teruk.. =)

leh layari:

http://www.alghar.webs.com/

atau contact 0133729562 (tina)

adik aku pkai produk ni, alhamdulillah kurang gatal2..
ekzema yg die hidap selama 14 tahun pun dah beransur puluh

Salam

Mungkin ini boleh membantu
http://www.sihat2u.com/2011/04/atasi-eczemaperlu-bersusah-dahulu.html


EmoticonEmoticon