11 Mei 2010

Maklumbalas Pemohon SPN SELANGOR

1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang memohon walaupun jumlah kekosongan untuk sesuatu jawatan tertentu hanya terdapat kekosongan sekitar 5-6 kekosongan sahaja.

2. Sudah pasti saingan terlalu hebat dan ini menuntut pihak spn selangor bekerja keras dalam memilih mereka yang terbaik dari kalangan yang baik untuk dijadikan calon-calon berkenaan layak dan melepasi ke tahap temuduga dan seterusnya berjaya dalam keputusan temuduga terbabit.

3. Seperti di duga dan di jangkakan, tetap wujud suara-suara sumbang yang mempertikaikan ketulusan spn selangor dalam menjalankan tugasan mereka dan tidak kurang juga nada-nada gembira yang menyambut baik keputusan yang dibuat oleh spn selangor.

4. Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mengharungi liku-liku dan cabaran sepanjang sesi pemprosesan dari mula memohon jawatan ke tahap dipanggil temuduga sehingga berjaya dalam keputusan temuduga tersebut. Anda harus bekerja dengan lebih gigih dalam menterjemahkan tanda syukur kerana bukan semua orang yang bernasib baik seperti anda. Jadi, jangan sia-siakan peluang yang diberi.


5. Kepada rakan-rakan yang kecundang dan belum bernasib baik, anda harus ingat perjuangan tidak sepatutnya terhenti di sini dan anggaplah ianya sebagai salah satu permulaan untuk mencapai kejayaan anda. Mungkin ada lagi kekurangan yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan termasuk semasa sesi temuduga yang memerlukan persediaan rapi dan secukupnya.




6. Dengan ini, saya ingin mengajak kepada yang telah berjaya ataupun yang belum bernasib baik lagi untuk kita berkongsi pengalaman suka-duka yang mungkin boleh menjadi rujukan kepada rakan-rakan yang lain. Tulislah pandangan anda di dalam ruangan komen yang tersedia dibawah sebagai salah satu simbol suara hati anda.

2 ulasan

Baik kerja swasta gaji lg tinggi beb..


EmoticonEmoticon