Memaparkan catatan dengan label SPN SELANGOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPN SELANGOR. Papar semua catatan

11 Mei 2010

Maklumbalas Pemohon SPN SELANGOR

1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang memohon walaupun jumlah kekosongan untuk sesuatu jawatan tertentu hanya terdapat kekosongan sekitar 5-6 kekosongan sahaja.

2. Sudah pasti saingan terlalu hebat dan ini menuntut pihak spn selangor bekerja keras dalam memilih mereka yang terbaik dari kalangan yang baik untuk dijadikan calon-calon berkenaan layak dan melepasi ke tahap temuduga dan seterusnya berjaya dalam keputusan temuduga terbabit.

3. Seperti di duga dan di jangkakan, tetap wujud suara-suara sumbang yang mempertikaikan ketulusan spn selangor dalam menjalankan tugasan mereka dan tidak kurang juga nada-nada gembira yang menyambut baik keputusan yang dibuat oleh spn selangor.

4. Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mengharungi liku-liku dan cabaran sepanjang sesi pemprosesan dari mula memohon jawatan ke tahap dipanggil temuduga sehingga berjaya dalam keputusan temuduga tersebut. Anda harus bekerja dengan lebih gigih dalam menterjemahkan tanda syukur kerana bukan semua orang yang bernasib baik seperti anda. Jadi, jangan sia-siakan peluang yang diberi.


5. Kepada rakan-rakan yang kecundang dan belum bernasib baik, anda harus ingat perjuangan tidak sepatutnya terhenti di sini dan anggaplah ianya sebagai salah satu permulaan untuk mencapai kejayaan anda. Mungkin ada lagi kekurangan yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan termasuk semasa sesi temuduga yang memerlukan persediaan rapi dan secukupnya.




6. Dengan ini, saya ingin mengajak kepada yang telah berjaya ataupun yang belum bernasib baik lagi untuk kita berkongsi pengalaman suka-duka yang mungkin boleh menjadi rujukan kepada rakan-rakan yang lain. Tulislah pandangan anda di dalam ruangan komen yang tersedia dibawah sebagai salah satu simbol suara hati anda.

Read More

24 Jun 2009

Makluman Dari SPN SELANGOR

Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan kosong spn selangor pada baru-baru ini ternyata mendapat sambutan di luar jangkaan.

2. Apa yang hendak saya ketengahkan pada kali ini ialah pesanan yang baru saya terima dari pihak SPN SELANGOR berhubung dengan cara permohonan untuk memohon jawatan kosong kerana terdapat sedikit kekeliruan.

3. Saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menjelaskan dan menyampaikan makluman bahawa pemohon haruslah mengunakan borang yang di keluarkan atau dimuat turun melalui laman SPN.SELANGOR.GOV.MY sahaja bukan di gerbang.selangor.gov.my.

4. Dari segi mata kasar memang ia ternampak seolah-olah borang tersebut adalah sama namun yang membezakannya adalah diruang 'SILA BACA SEMUA KETERANGAN BERIKUT SEBELUM MENGISI BORANG'(terletak di permukaan atas)bukan kepada Yang DiPertua sebaliknya kepada Setiausaha.




5. Anda perlu berwaspada dan tidak mengambil mudah perkara demikian kerana Pihak SPN SELANGOR memandang serius dan akan menolak permohonan tersebut dengan serta-merta. Jadi, AWAS kepada anda yang berkenaan jangan sampai anda merupakan salah seorang dari mereka yang ditolak permohonannya.

6. Klik Di Sini untuk dapatkan Rahsia Lulus Temuduga sekarang!!! Dan Klik Di Sini untuk ke laman SPN.SELANGOR.GOV.MY

Read More

26 Mac 2009

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Perlu Lebih Peka

Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Seperti yang sedia maklum, kekuatan sesebuah kerajaan bergantung kepada kepimpinan dan tidak lupa juga kakitangan yang di lihat sebagai tulang belakang kepada kerajaan itu sendiri.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) adalah merupakan saluran untuk menempatkan kakitangan Awam di selangor.Kebiasaanya, kekosongan jawatan dapat diperolehi dan di ketahui melalui ruangan iklan di surat-surat khabar tempatan.

2. Masa berubah dari semasa ke semasa dan sekarang kita dapat lihat penggunaan Internet semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan Masyarakat. Di negeri Kelantan dan Kedah misalnya telah pun mempunyai Laman Web SPN yang tersendiri. Langkah ini perlulah di contohi dan diikuti oleh negeri Selangor yang merupakan diantara negeri yang paling maju di Malaysia.

3. Antara kebaikannya adalah masyarakat akan lebih mudah mendapat informasi serta mendekati Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor di samping mengetahui dengan lebih terperinci tentang iklan terkini kekosongan jawatan yang kini hanya boleh didapati di surat-surat khabar sahaja dan pengetahuannya agak terbatas kerana bukan semua surat-surat khabar tempatan yang menyiarkannya.Seharusnya pihak berkenaan haruslah lebih peka terhadap kehendak dan perubahan semasa ini.




4. Adalah diharapkan sepenuhnya agar pihak berkenaan dapat memperhalusi pandangan ini dalam menambahbaikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dalam memberi kemudahan serta manfaat kepada Masyarakat di Selangor.

Read More