Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) yang telah pun memulakan operasinya pada 1 Januari ini merupakan satu lagi lambang kemodenan sistem pengangkutan negara serta usaha kerajaan dalam memberi keselesaan kepada rakyat.
Pelbagai kemudahan moden melengkapi terminal pengangkutan bersepadu itu, yang dibina pada 2008 dengan kos RM570 juta bagi memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada pengguna.
Terminal itu juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur. Tinjauan Bernama ke TBS-BTS mendapati ia dilengkapi kemudahan yang tidak terdapat di hentian lain seperti kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam dan kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing’ melalui http://www.tbsbts.com.my/
Penjualan tiket menggunakan skrin disediakan di hadapan kaunter dan terdapat mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
Selain 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket, terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau “touch n go”.
Selain itu, sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
Beberapa restoran dan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) juga disediakan selain bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.
Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
Bangunan TBS-BTS, yang dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, mengandungi enam tingkat termasuk 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita.
Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.
Pembinaan terminal itu merupakan usaha kerajaan ke arah meningkatkan pengggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang selaras dengan sasaran Kementerian Pengangkutan meningkatkannya daripada 16 peratus pada masa ini kepada 25 peratus pada 2012.
05 Januari 2011
Terminal Bersepadu Selatan
✔
EmahTimah
6:00 PTG

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sosial Media
Paling Dibaca
-
1. Individu yang berbuat baik kerana sesuatu perkara boleh dilabelkan sebagai hipokrit dan oleh sebab itu individu berkenaan sanggup menjelm...
-
1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang me...
-
1. Sudah menjadi lumrah manusia sifat tuduh-menuduh adalah tidak asing lagi dengan lantang menuding jari kearah orang lain dengan niat yang ...
-
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dipotong lapan) 6 sm halia 3 batang serai 3 labu bawang besar 2 helai daun kunyit 1 ½ biji kelapa atau 1 peket sa...
-
Bahan-Bahan: 2 bungkus agar-agar 2,000 ml air 50 g gula ½ cawan gula merah ¼ cawan susu pekat Sedikit pewarna merah dan ungu Loyang atau se...
-
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 1 Jurutera 2 Juruukur 3 Pegawai Kesihata...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan koson...
-
1. Tiada yang lebih bermakna selain memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri mahupun orang lain asalkan ianya membawa kebaikan b...
-
Salam hormat kepada semua para sahabat dan pelawat. 1. Rasanya semua telah sedia maklum tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Se...
-
1. Banyak yang berlaku hari ini yang dapat kita lihat dan baca di dada akhbar rata-rata wanita atau isteri dipukul, dibelasah sehingga lebam...
1 ulasan
http://ceciteciter.blogspot.com/
EmoticonEmoticon