25 Jun 2010

Masalah Buli Di Sekolah

1. Budaya samseng dan buli di sekolah/asrama adalah masalah yang sangat serius jika tidak di selesaikan pada kadar segera dikhuatiri menular dan berkembang tanpa rasa gentar oleh si pembuli hingusan.

2. Memang benar perkara ini bukan sesuatu yang baru tetapi ia datang dan pergi bagaikan bermusim yang tak dapat untuk diduga. Kejadian seperti membuli ini adalah perilaku yang sanggat menyedihkan tanbahan lagi kita berada di abad ke-21 bukannya zaman batu yang boleh apa sahaja tanpa mengambil kira undang-undang.

3. Saya percaya, kejadian ini berlaku bukan hanya sahaja di kalangan Pelajar Lelaki namun Pelajar Perompuan juga tidak keterkecuali ada diantara mereka yang bercita-cita besar menjadi samseng dan kaki buli terutamannya mereka yang sudah menjadi pelajar senior.

4. Saya bersimpati kepada mereka yang menjadi mangsa buli kerana saya mengerti dan dapat menyelami bagaimanakah perasaan mereka sehinggakan ada diantara mereka terus diselubungi perasaan fobian dan patah semanggat untuk terus berlajar.

5. Bagi samseng hingusan yang menjadi pembuli pula berasa bangga kerana namanya disebut-sebut mengalahkan abang besar yang kononnya berpengaruh lagi digeruni oleh orang lain.




6. Sesungguhnya perbuatan membuli dan budaya samseng ini boleh dipandang sesuatu isu yang serius dan berat tambahan pula mangsa bukan sahaja cedera malah ada yang mati dalam kejadian berkenaan.

7. Isu ini memang sukar untuk dibendung, tetapi tidak mustahil jika semua antara kita memainkan peranan yang sama beratnya. Baik dari pihak individu, keluarga, guru mahupun kerajaan perlu benteras habis-habisan termasuk mengenakan hukuman yang lebih berat lagi kepada pesalah bukan setakat gantung mahupun buang sekolah sahaja.


EmoticonEmoticon