1. Dari segi penglihatan mata kasar hati hanyalah sesuatu organ dalam badan akan tetapi sebenarnya hati itu terlalu subjektif untuk diperincikan ini kerana walaupun tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.
2. Seringkali kita terlepas pandang akan pentingnya hati yang suci apatah lagi mencari penawar untuk mensucikan hati dan menjaganya agar tidak dicemari.Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud :
3. Tidak ada diantara kita yang dikurniakan hatinya kotor secara semulajadi sedangkan hati yang pada asalnya suci dan bersih itu dikotori terus menerus walaupun secara sedar mahupun tidak.
4. Sebenarnya segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentuk jenayah seperti penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya. Itu adalah satu isyarat jelas yang menterjemahkan hati itu dalam lingkungan kotor yang membawa bahaya dan berisiko jika tidak di rawat dan dicantas segera.
5. Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain. Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.
6. Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya , usaha-usaha awal tidak dibendung. Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat sekliling kita terutamanya masyarakat kita sendiri – biasanya apabila seseorang itu lebih maju , lebih mashur daripada orang lain dalam sesuatu usaha yang dijalankannya seperti perniagaan , pelajaran dan lain-lain – ini akan mengundang keresahan dan kebengkakan hati rakan-rakan yang lain. Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkan bibit-bibit permusuhan.
7. Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah , maka tidak hairanlah sebagai contohnya jika seseorang itu berjanji setia untuk mendirikan mahligai bahagia dengan pasangan pilihan hatinya tetapi akhirnya berkesudahan menukar fikiran akibat dorongan hati dan nafsu kepada orang lain. Dengan membulatkan kedalam fikiran dan yakin sebenar-benarnya kekuasaan allah dan tabah segala ujiannya malah mengerjakan solat 5 waktu sehari disamping Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur dilihat langkah yang mampu merawat hati yang dikotori dan mampu menjaga hati kita untuk selama-lamanya.

"Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati."

EmoticonEmoticon