1. Dengan membaca tajuknya saja kita boleh agak dan dapat rasa bahawa berlaku kecurangan si isteri pada suaminya. Pada masa kini ianya bukan sesuatu cerita baru apatah lagi isu si suami yang curang mungkin dah basi bila mendengarnya.
2. Banyak yang kita dengar dan lihat bahawa pasangan yang mabuk asmara ini sudah bersuami dan mungkin telahpun mempunyai anak tetapi terlalu mengikut kehendak hati mereka terjerumus kearah kecurangan yang menjijikan.
3. Ada juga yang menghiasi di dada akbar tempatan kes bunuh kerana si suami dapat tangkap isterinya melakukan perbuatan zina dengan orang lain. Bagaimanakah rasa si suami pastinya kemarahan diluar kawalan.
4. Bila kita renung-renung kembali dimanakah silap agaknya? Ada juga yang mengatakan bahawa si isteri tidak lagi merasakan kasih sayang dan rasa cinta dari suaminya. Ada juga yang beranggapan bahawa suaminya pernah menuduh yang dia curang maka dia pun berasa marah dan melakukannya demi menuntut kata hati yang disakiti.
5. Macam-macam sebab yang diperolehi termasuk ada yang melahirkan rasa kecewa kerana masalah batin suaminya. Mungkin juga kita tidak menduga akan ujian yang mendatang kerana banyak kes yang berlaku curang adalah 70% diluar jangkaan masing-masing.
6. Ada faktanya kerana dalam dunia mengejar teknologi canggih, internet digunakan untuk berhubung tetapi disalahgunakan walaupun pada mulanya diterjemahkan untuk mencari kawan tetapi kini sebilangannya menjadi lawan.
7. Banyak juga skandal yang terjadi di tempat kerja malah lebih memalukan ada yang tanpa rasa segan silu singgah di Hotel masa rehat semasa waktu kerja. Harga diri bukan lagi menjadi keutamaan bagi mereka dan ingatlah jangan sesekali mengkianati kepercayaan yang diberi dari pasangan.
8. Apa yang terjadipun terserah kepada diri masing-masing, Pilihlah dunia mahupun akhirat. Pucuk pangkal adalah hati kita dan akhir kata dari saya paparan ini tidak mengambarkan mana-mana pihak kerana ini cuma sekadar untuk renungan semua.
19 Februari 2010
Bercinta Walau Dah Bersuami
✔
EmahTimah
2:56 PTG
Bercinta Walau Dah Bersuami
EmahTimah
5.0
stars based on
35
reviews
1. Dengan membaca tajuknya saja kita boleh agak dan dapat rasa bahawa berlaku kecurangan si isteri pada suaminya. Pada masa kini ianya bukan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sosial Media
Paling Dibaca
-
Salam hormat kepada semua para sahabat dan pelawat. 1. Rasanya semua telah sedia maklum tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Se...
-
1. Individu yang berbuat baik kerana sesuatu perkara boleh dilabelkan sebagai hipokrit dan oleh sebab itu individu berkenaan sanggup menjelm...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan koson...
-
1. Sudah menjadi lumrah manusia sifat tuduh-menuduh adalah tidak asing lagi dengan lantang menuding jari kearah orang lain dengan niat yang ...
-
1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang me...
-
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dipotong lapan) 6 sm halia 3 batang serai 3 labu bawang besar 2 helai daun kunyit 1 ½ biji kelapa atau 1 peket sa...
-
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 1 Jurutera 2 Juruukur 3 Pegawai Kesihata...
-
Bahan-Bahan: 2 bungkus agar-agar 2,000 ml air 50 g gula ½ cawan gula merah ¼ cawan susu pekat Sedikit pewarna merah dan ungu Loyang atau se...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang masih tercari-cari untuk bekerja di sektor Keraja...
-
1. Tiada yang lebih bermakna selain memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri mahupun orang lain asalkan ianya membawa kebaikan b...
3 ulasan
Satu paparan yang sunggu hebat...
Amat memalukan apabila terjadi perkara sebegini...
Pompuan skang memang gatal.. hahahah
Dunia akhir zaman. Iman bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi atau diwariskan. Banyak kisah para Nabi dan zaman dahulu yang membuktikan ini. Mulut kata ada bertuhan. Tetapi, Tuhan apa dan macamana hanya diri sendiri yang tahu. Malang lagi, ada yang tak tahu.
Sebab memang banyak untuk jadi punca. Jangan itu jadi alasan kerana ujian Allah kepada sesiapa sahaja dalam bentuk dan cara yang berbeza. Pulanglah ke jalan yang benar dan bertaubatlah sungguh-sungguh. Minta ampun dari suami atau isteri. Selebihnya terserah samada diterima atau tidak kerana ujian ini amat berat sekali.
Iman adalah asas sebenarnya. Faktor lain hanya sebagai pemangkin dan kekebalan adalah pada IMAN masing-masing. Didorong tetapi tidak bertindak...tidak akan jadi apa-apa. Digoda tetapi Istigfar dan cepat sedar itu hasutan Syaitan...tak akan ke mana-mana. Jiwa yang kosong kerana amalan seharian atas dasar ikut-ikutan atau taklid dan bukan atas dasar ilmu, maka masih belum selamat.
Sama-sama kita renungkan.
EmoticonEmoticon