17 Februari 2010

Pembuangan bayi

1. ISU pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana.

2. Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar.

3. Pada 14 Feb. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini dilihat bukan sesuatu langkah yang bijak kerana pegawai tersebut juga rakyat biasa yang mungkin juga mempunyai bayi dan keluarga.

4. Isu ini juga menyedihkan dan tidak kurang melahirkan rasa marah apabila mengetahui ianya terjadi.

5. Perbuatan yang zalim ini pastinya dari meraka yang digelar remaja yang terlanjur dan berfikiran sempit.

6. Saya bimbang hal ini akan bertambah rumit bilamana banyak pihak yang beranggapan perlu memberi perlindungan kepada si ibu yang mengandung anak luar nikah tanpa memikirkan kesan buruknya.




7. Tidak salah melindung tetapi perlu juga membendung gejala ini agar ia tidak berulang.

8. Semua pihak perlu memikul dan mengalas tanggungjawab yang sama kerana isu ini tidak dapat diselesaikan jika kita tidak bersatu hati untuk benar-benar menghapuskannya.

9 ulasan

anak muda skrg byk yg dh terpesong..sedih dan hiba bila melihat bayi yang xberdosa dibuang..dipukul..dibunuh ngeri..mana letaknya perikemanusiaan..adakah patut digubal undang2 untuk pembuang bayi dan yang bersekongkol dengan nya patut di hukum gantung mandatori?

ksihan tgok baby kna buang..sdangkan binatang tahu sayang anak inikan pula manusia yg berakal..memang betul dalam dunia haiwan tak ada manusia tp dlm dunia manusia ada yg yang kejam dpd binatang..memang binatang betul..astaghfirullah..semoga orang yg melakukan kekejaman ini mendapat balasan yg setimpal..

terlalu sebak dada bila mendengar berita-berita bayi dibuang,.. ada yang telah meninggal dan ade juga yang masih bernyawa,.. sungguh sebak tak tau nak kata,... Ya Allah,. daku memohon kepadaMu semoga anak-anak ini telah kau tempatkan mereka ditempat yang sebaik2 nya diSANA ... daku tidak sanggup melihat jasad-jasad mereka diperlaku sehina itu,.. Hanya kepadaMu Ya Allah daku memohon,..

kadang2 perkara ni balik kepada keluarga yg mencorakkan kita.mungkin dia dtg dari keluar yg baik,tp kata org iman tak dapat diwarisi...remaja yg membuang anak ni mungkin dibuang keluarga kerana mengandung anak luar nikah..seterusnya mereka kehilangan arah dan tak tahu kemana hendak dituju kerana tiada tempat bergantung..semua pihak harus ambil peranan supaya anak2 yg tersasar dari landasan ini sedar kemana harus mereka pergi jika ada masalh ini timbul..sy bukan mengalakkan kelahiran anak luar nikah..sekadar ingin menyalamatkan bayi2 kecil dan juga ibu yg telah berdosa...

pmbuangan byi smakin mnjadi2..reda skjap..esoknya da jd hiasan akhbr plak..sdih dgn byi2 yg d buang...mreka pn x mnta d lhrkn mcm 2..lau mreka d bri pluang mreka akn plh utk x lhr d dnia ney..dr d buang oleh ibubpa mreka mrata2 tmpat..jdla mnusia yg ada aty..haiwan pn syg ank..ney ag mnusia yg ada akal...kpda mreka yg trlbat cba ltakkn dr anda d sna...fkr kn andai anda buang ank ary ney..x msthl s2 ary nnt anda akn d buang gak...jgn mnyesal...ckup la anda mmbuat dosa x kn nk tmbh ag dgn mmbnh byi2 yg x brdsa...pleaz..jdla mnusia yg py nluri mnsia..btul r org kta..dlm mnusia ada sfat bntng..dlm bntng xde mnusia....

knpe semue org smekan org yg buang byi ngn binatang?Dyeorg tuh sebenarnye lebih trok pd binatang..Binatang syg ank dyeorg..Kalo dyeorg pandai buat tak pandai tanggung...

budak zaman sekarang memang tidak berhati perut!!mereka layak di katakan pembunuh!!

remaja sekarang sudah alpa dan tidak tahu membezakan yang baik dan buruk..inilah akhir zaman yg hampir kepada kiamat,manusia kembali kepada zaman jahiliah...

seandai nya bayi itu hidup,mendapat ibu yg hanya remaja seperti syaitan yg bertopingkan manusia,bertapa sedih nya bayi itu....baru2 ne berita pada selasa lepas,20.12.2011....bayi dibuang kat tandas shall kuching....tidak kah nya kesian dengan anak itu,bila diri sendiri mendengar berita anak sendiri yang dibuang mcm sampah....kenapa tak mahu menjaga...pandai buat benda sedap tapi tak terima bayi itu sebagai tebus dosa masiat yg pernah di laku kan....binatang tak pernah pun nak buang anak,sesusah mana pun mereka mencari makanaan,mereka tetep akan teruskan hidup dgn bahagia.


EmoticonEmoticon