Memaparkan catatan dengan label hipokrit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hipokrit. Papar semua catatan

09 Mei 2010

Baik Ada Makna

1. Individu yang berbuat baik kerana sesuatu perkara boleh dilabelkan sebagai hipokrit dan oleh sebab itu individu berkenaan sanggup menjelma dan mencorakan sesuatu yang boleh dikatakan lebih baik daripada biasa sehingga sanggup berbuat apa sahaja walaupun tanpa kerelaan hatinya.

2. Biasanya pengamal baik ada makna ini lebih bermotifkan kepentingan diri mereka sendiri bukan kerana semulajadi. Ramai di antara kita yang rata-ratanya menjadi mangsa kerana memandang kebaikannya lalu tak sedar akan sebaliknya yang berlaku.

3. Pernah ke anda merasa situasi begini? Atau pernahkah anda melakukan perangai ini? Sebenarnya individu yang bersikap demikian tidak dapat bertahan lama kerana orang akan dapat menilai dirinya dan menyamakan dirinya setaraf sampah yang memang tidak berguna. Mahukah anda jadi begitu?

4. Ramai yang telah putus hubungan persahabatan, putus percintaan dan putus persaudaraan kerana penyakit ini iaitu berbuat baik hanya ada sebab dan kalau tiada sebab mereka menganggap orang berkenaan tidak membawa apa-apa makna.

5. Saya sendiri mempunyai pengalaman sedemikian sehingga saya lebih berhati-hati sekarang memilih teman mahupun kawan, ialah siapa pula yang sanggup diperalatkan betul tak? 6. Kita tidak perlu membuat baik dengan orang lain atas tuntutan dan kepentingan sendiri. Percayalah, anda akan mendapat benda yang baik jika anda memberi yang baik tanpa sebarang agenda yang tersembunyi.

Read More