Memaparkan catatan dengan label KTMB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KTMB. Papar semua catatan

28 Januari 2009

Garisan Panduan Atau Garisan Pencemaran



Assalamualaikum dan salam hormat.

Baru-baru ini KTMB telah memperkenalkan satu Kaedah Garis Panduan di lokasi-lokasi tertentu bagi memudahkankan lagi perjalanan serta mengurangkan kesesakan yang berlaku di antara penumpang. Motif Garis Panduan ini sangat positif jika ia diguna pakai dengan baik dan tepat sekiranya tren yang berhenti di ruangan yang betul tetapi jika tidak ia hanya mencacatkan pemandangan dan garisan tersebut akan menjadi pencemar permandangan sahaja.



Inilah hasil dari pemerhatian saya, jelas sekali Garis Panduan ini tidak digunakan dengan baik maka ia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tren yang berhenti tidak tepat pada ruangan yang di sediakan dan tersasar pada tempat sepatutnya. Pihak KTMB seharusnya lebih peka dengan keadaan ini, jangan biarkan Garis Panduan menjadi Garis Pecemaran yang saya rasa lebih baik tidak ada dari ada pun macam tiada.
Read More