30 April 2010

Siapa Pengkhianat Bangsa

1. Sudah menjadi lumrah manusia sifat tuduh-menuduh adalah tidak asing lagi dengan lantang menuding jari kearah orang lain dengan niat yang buruk. Siapa pengkhianat bangsa yang sebenarnya? Kamu, saya ataupun dia?

2. Pengkhianat bangsa adalah sesuatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan tetapi kadangkala ia berlaku tanpa sedar sehingga kebanyakan darinya adalah merupakan dari golongan anak muda kita sendiri.

3. Tak perlu kita melebelkan Umno ataupun Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa melayu kerana yang bersalah dan perlu dipertanggungjawabkan adalah diri kita sendiri khususnya para blogger.

4. Ya, para blogger kita yang tidak sedar akan tulisanya yang secara langsung telah memperkotak katik bangsa Melayu menerusi hasil tulisannya diruangan blog mereka sendiri.

5. Apa yang dimaksudkan oleh saya ialah bahasa dan gaya penulisannya. Ini bukan sahaja menimbulkan rasa kecewa malah menakutkan kerana semakin lama semakin ramai pengamal bahasa yang mecacatkan bahasa dan terus mengkhianati bangsa mereka sendiri yakni bangsa Melayu.

6. Saya tidak menafikan kita sekarang hidup dalam dunia serba moden dan canggih namun ini tidak bermakna kita diberi lesen untuk kita merosakan bahasa ibunda yang menjadi pegangan sejak sekian lama dan mungkin telah diamalkan lebih dari 7 keturunan.

7. Jauh dari sudut hati saya untuk mengkritik keras kepada mereka yang berkenaan tetapi saya juga sebagai anak bangsa Melayu turut terpanggil untuk melontarkan pandangan sendiri.




8. Siapa lagi yang akan mempertahankan dan menghargai bahasa Melayu jika bukan kita sendiri yang mengalasnya di bahu dan ingatlah wahai rakan-rakanku bahawa Bahasa sesungguhnya melambangkan Bangsa.

9. Pulanglah ke pangkal jalan dan marilah bersama-sama kita menyatupadukan dan memperkasakan bahasa ibunda dan harus diingat kita adalah pengkhianat bangsa jika kita yang merosakan bahasa yang murni ini.

3 ulasan

melayu memang mudah lupa..percaya atau tidak, tp memang...

orang melayu sendiri yang banyak hina bangsa sendiri bukan orang luar.. benar kata DR M.

terima kasih kerana masih ada lagi perjuang bangsa seperti anda.. pandangan anda selari dengan fikiran saya.


EmoticonEmoticon