24 Jun 2009

Makluman Dari SPN SELANGOR

Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan kosong spn selangor pada baru-baru ini ternyata mendapat sambutan di luar jangkaan.

2. Apa yang hendak saya ketengahkan pada kali ini ialah pesanan yang baru saya terima dari pihak SPN SELANGOR berhubung dengan cara permohonan untuk memohon jawatan kosong kerana terdapat sedikit kekeliruan.

3. Saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menjelaskan dan menyampaikan makluman bahawa pemohon haruslah mengunakan borang yang di keluarkan atau dimuat turun melalui laman SPN.SELANGOR.GOV.MY sahaja bukan di gerbang.selangor.gov.my.

4. Dari segi mata kasar memang ia ternampak seolah-olah borang tersebut adalah sama namun yang membezakannya adalah diruang 'SILA BACA SEMUA KETERANGAN BERIKUT SEBELUM MENGISI BORANG'(terletak di permukaan atas)bukan kepada Yang DiPertua sebaliknya kepada Setiausaha.




5. Anda perlu berwaspada dan tidak mengambil mudah perkara demikian kerana Pihak SPN SELANGOR memandang serius dan akan menolak permohonan tersebut dengan serta-merta. Jadi, AWAS kepada anda yang berkenaan jangan sampai anda merupakan salah seorang dari mereka yang ditolak permohonannya.

6. Klik Di Sini untuk dapatkan Rahsia Lulus Temuduga sekarang!!! Dan Klik Di Sini untuk ke laman SPN.SELANGOR.GOV.MY

5 ulasan

mcmana nk apply ni.dapat pun nak buka wbsite tu

xda rezeki la tu..

Kalo apply keje nie, blh dapat keje,blm tentu borang borang tersebut akan di semak, kadang kadang pengambilan mesti ambik kroni kroni...kenapa ye!!!sedangkan banyak lagi yang mengagur di luar mempunyai keputusan yang baik..tetapi di ambil kira..

kalau nak mintak keje, biasanya calon yg betul2 nak keje. bila dah mintak, kene lah berserah kepada Tuhan dan menerima segala qada dan qadar, bukan asyik nak mengata kroni lah, sedaralah apa lah... kuasa pemilihan bukan di tangan SPN tapi pada panel penemuduga. Jangan menuduh bende yg betul

susah tol nk cr keje
penuh dgn birokrasi


EmoticonEmoticon