KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sedang mengkaji kemungkinan berlaku kejadian tanah runtuh kali kedua di Taman Bukit Mewah, di Bukit Antarabangsa di sini selepas siasatan awal menunjukkan keadaan tanah di kawasan itu "tidak stabil".
Sumber berkata ini dikesan hasil satu siri ujian oleh Unit Forensik Geo-Teknikal dan keadaan tersebut boleh menyebabkan satu lagi kejadian tanah runtuh.
"Unit itu menggunakan pengimbas 'Real Time Data Sensor' bagi mengesan pergerakan tanah dari masa ke masa.
"Sejak semalam bacaan tidak jelas oleh kerana mereka melakukan ujian mengikut sektor dan kami akan mengumpul semua data berkaitan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.
"Komposisi permukaan bumi merupakan campuran tanah dan air yang boleh menyebabkan permukaan itu jadi lembut. Kita mahu mengelakkan satu lagi tanah runtuh dan berharap cuaca memihak kepada kita," kata beliau, dan menambah tidak ada sesuatu yang kuat untuk menahan permukaan bumi dari menggelunsur.
Sumber itu juga berkata siasatan unit JKR mengambil kira kewujudan beberapa unit banglo yang pembinaannya terhenti separuh jalan.
Beliau berkata JKR cuba mendapatkan maklumat lengkap mengenai pembinaan rumah terbengkalai itu dari pemajunya.
"Kita hendak memastikan sama ada tanaman cerucuk di kawasan itu menyebabkan pergerakan tanah," katanya.
Beliau juga menegaskan hujan lebat akan memburukkan lagi keadaan di kawasan itu.
Difahamkan JKR dan IKRAM memerlukan sekurang-kurangnya 12 hari lagi untuk menghasilkan laporan muktamad tentang kajian mereka terhadap kawasan tanah runtuh itu.
Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu Sabtu lepas meragut empat nyawa.
Operasi mengesan wanita pembantu rumah Sri Lanka yang dikatakan tertimbus dalam runtuhan itu kini dihentikan.
-- BERNAMA
Home
prihatin dan peka
Tanah Runtuh Kali Kedua Di Taman Bukit Mewah
Tanah Runtuh Kali Kedua Di Taman Bukit Mewah?
10 Disember 2008
Tanah Runtuh Kali Kedua Di Taman Bukit Mewah?
✔
EmahTimah
6:13 PTG
Tanah Runtuh Kali Kedua Di Taman Bukit Mewah?
EmahTimah
5.0
stars based on
35
reviews
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sedang mengkaji kemungkinan berlaku keja...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sosial Media
Paling Dibaca
-
Salam hormat kepada semua para sahabat dan pelawat. 1. Rasanya semua telah sedia maklum tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Se...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan koson...
-
1. Individu yang berbuat baik kerana sesuatu perkara boleh dilabelkan sebagai hipokrit dan oleh sebab itu individu berkenaan sanggup menjelm...
-
1. Sudah menjadi lumrah manusia sifat tuduh-menuduh adalah tidak asing lagi dengan lantang menuding jari kearah orang lain dengan niat yang ...
-
1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang me...
-
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dipotong lapan) 6 sm halia 3 batang serai 3 labu bawang besar 2 helai daun kunyit 1 ½ biji kelapa atau 1 peket sa...
-
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 1 Jurutera 2 Juruukur 3 Pegawai Kesihata...
-
Bahan-Bahan: 2 bungkus agar-agar 2,000 ml air 50 g gula ½ cawan gula merah ¼ cawan susu pekat Sedikit pewarna merah dan ungu Loyang atau se...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang masih tercari-cari untuk bekerja di sektor Keraja...
-
1. Tiada yang lebih bermakna selain memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri mahupun orang lain asalkan ianya membawa kebaikan b...
EmoticonEmoticon