29 Ogos 2016
27 Julai 2016
Cara Buka Website Yang Telah Disekat
1. Pasti seringkali anda menghadapi situasi di mana sesetengah website gagal di capai terutamanya ketika berada di tempat kerja lantas membantutkan harapan anda dek kerana sekatan oleh Organisasi atau Syarikat Telco terbabit.
2. Jangan runsing lagi kerana anda akan didedahkan cara buka website yang telah disekat terbabit dengan cara paling pantas dan mudah di fahami.
3. Anda tidak perlu untuk menukar secara manual kod IP komputer anda juga tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk mencapai hajat anda itu.
4. Apa yang anda perlu buat ialah download Unlimited Free VPN - Betternet di Get more extensions
5. Betternet tersebut akan muncul di hujung kanan browser anda seperti gambar di atas dan anda hanya perlu "CONNECT" untuk membuka website yang telah disekat tersebut dan sila "DISCONNECT" apa bila anda selesai membukanya.
6. Begitu mudah dan pantas untuk digunakan dan mudah-mudahan anda mendapat manfaatnya.
2. Jangan runsing lagi kerana anda akan didedahkan cara buka website yang telah disekat terbabit dengan cara paling pantas dan mudah di fahami.
3. Anda tidak perlu untuk menukar secara manual kod IP komputer anda juga tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk mencapai hajat anda itu.
4. Apa yang anda perlu buat ialah download Unlimited Free VPN - Betternet di Get more extensions
6. Begitu mudah dan pantas untuk digunakan dan mudah-mudahan anda mendapat manfaatnya.
19 Januari 2016
Kejam.. Hidung Isteri Dipotong Gara-gara Si Isteri Telah???
Kabul: Gambar seorang wanita yang dipotong hidung oleh suaminya selepas mereka bergaduh mencetuskan kemarahan banyak pihak di negara itu dengan aktivis menuntut hukuman berat dikenakan untuk perbuatan yang dianggap tidak bertamadun itu.
Menurut NBCNEWS, hidung wanita itu, Reza Gul, 20, dipotong suaminya di rumah mereka di utara wilayah Faryab semalam, dan dia dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Menurut Ketua Polis Afghanistan, Jeneral Sayed Aqa, suami wanita itu melarikan diri dan polis sedang memburunya.
Suruhanjaya Hak Asasi Afghanistan yang menyebarkan gambar Reza Gul melalui Twitter (https://twitter.com/afghanistanihrc) mengutuk perbuatan itu sebagai kejam dan mendesak kerajaan menangkap suami wanita berkenaan.
Di beberapa wilayah di Afghanistan, memotong hidung bermaksud mahu memalukan mangsa serta menunjukkan mangsa kononnya membawa malu besar kepada keluarga atau suku kaum.
AFP melaporkan, menurut Ahmad Javed Bedar iaitu jurucakap Gabenor Faryab, suami wanita itu, Mohammad Khan, memotong hidung isterinya menggunakan pisau lipat dan dia kini melarikan ke kawasan dikuasai Taliban.
Ahmad Javed berkata, Reza Gul memerlukan pembedahan mencantum atau membentuk semula hidungnya yang tidak mungkin dapat dilakukan di Afghanistan.
Pasangan itu sudah lima tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Pada 2010, seorang wanita, Bibi Aisha, 18, juga dipotong hidungnya oleh suaminya kerana melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan didera lelaki berkenaan.
Majalah Time menyiarkan gambarnya di muka depan yang menarik perhatian serta simpati seluruh dunia. Bibi Aisha kemudian dibawa ke Amerika Syarikat dan dipasang hidung palsu sebelum menjalani pembedahan pembentukan semua hidungnya. - Agensi.
23 Disember 2015
Dilwale lakonan Shah Rukh Khan - Kajol
Dilwale adalah tajuk yang dipinjam atau diambil dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995)
yang turut menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai watak utama.
Pembukaan cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta mewah.
Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh jiran tetangga. Ini dapat dilihat apabila Raj menyelamatkan Money Bhai (Johnny Lever) daripada dipukul oleh orang kampung akibat mencuri telefon. Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan akhirnya mereka jatuh cinta.
20 minit pertama Dilwale tiada apa yang menarik. Malah saya merasakan sedikit bosan apatah lagi melihat karekter Raj yang tidak berapa jantan. Namun persepsi saya mula berubah apabila masuk babak Raj dan sidekicknya mencari gengster yang memukul adiknya. Cerita menjadi semakin menarik apabila masuk babak flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju. Potong stim. Sebagai seorang peminat filem aksi, thriller, dan yang menaikkan adrenalin saya sedikit kecewa apabila babak aksi kejar-mengejar tersebut dipotong dengan aksi romantika. Tapi saya sedar saya sedang menonton filem cinta bukan filem lakonan Jason Statham. Sejak terlanggar Meera,
Kaali seperti tidak dapat lupakan Meera dan bermula lah kisah mengorat Kaali untuk menawan hati Meera. Antara babak menarik Kaali mengorat Meera yang saya tak dapat lupakan ialah ketika Meera meminta pertolongan Kaali untuk menyelamatkannya daripada gangguan lelaki-lelaki tempatan yang selalu mengganggunya. Babak lain ialah ketika Meera hanya memberi 5 minit saja untuk Kaali dating dengan beliau. Babak ini bagi saya memang genius, kelakar dan romantik habis. Ditambah dengan suasana bandar Bulgaria yang cantik. Terasa macam nak tempah tiket penerbangan ke Bulgaria masa tu.
Pengarah filem Dilwale, Rohit Shetty pandai dalam membuat twist apabila Meera sebenarnya ialah anak kepada musuh Kaali apabila Meera dilihat turun dari Hummer kuning bak seorang Kak Long kawasan selepas aksi tembak menembak yang menyaksikan kereta Kaali terbabas. Seperti dijangka Meera tidak meneruskan niat membunuh Kaali walaupun sudah mengacukan pistol ke arah Kaali apabila melepaskan Kaali yang ketika itu helpless.
Fast Forward selepas 15 tahun, mereka dipertemukan semula menerusi adik masing masing Veer dan Ishita. Memori dan dendam lama mereka menjadi penghalang untuk Veer dan Ishita meneruskan perkahwinan.
Pada masa yang sama Veer dan Ishita cuba merungkai kisah lama abang dan kakak mereka. Namum sampai ke penamat cerita Veer dan Ishita masih tidak tahu yang abang dan kakaknya bekas mafia.
Sepanjang saya menonton filem ini, saya mengharapkan penamat yang lebih dramatik seperti ada pertempuran antara Kaali dan musuh lama mahupun geng dadah di kawasan tempat tinggalnya. Dan, Veer dapat tahu yang abangnya seorang ketua mafia 15 tahun dulu yang selama ini kelihatan seperti seorang alim. Namum semua itu tidak berlaku.
Untuk lakonan pula, Shah Rukh Khan menampilkan lakonan yang sepatunya sebagai seorang Shah Rukh Khan. Saya rasa peminat-peminat wanita pasti cair melihat renungan mata dan penampilan beliau ketika babak majlis kahwin Sidhu.
Kajol pula, walaupun sudah berusia masih berupaya membuat orang ramai melting. Bukan saja dari segi rupa paras bahkan lakonannya masih mantap walaupun ringkas dan tidak nampak berat. Sinematografi dan babak di Bulgaria sangat mengasyikkan. Lagu-lagu yang dimainkan pula just nice. Cuma satu lagu saja yang masih bermain dalam kepala saya sehingga kini iaitu Janam Janam.

23 Februari 2015
27 Januari 2013
Sasar FB Iklan Berkesan
Facebook merupakan media sosial yang paling popular di abad ini dan sudah pasti iklan di Facebook sangat berkesan. Siapa saja di antara kita pasti mempunyai akaun Facebook tak kira yang masih sekolah mahupun sudah bekerja.
Sasar FB menjadikan Facebook sebagai tempat pengiklanan yang mudah dan murah tetapi sangat berkesan ianya sangat sesuai untuk IKS. Emmm macam-macam sekarang ini ehh...
Perniaga akan mendapatkan kebaikan hasil dari iklan produknya melalui Sasar FB. Di fahamkan caj yang dikenakan adalah sangat murah malah ada pelbagai pakej yang di tawarkan bagi perniaga untuk mengiklankan produknya mengikut kemampuan masing-masing.
Bagi pengguna Facebook pula, mereka berpeluang memiliki pendapatan sampingan yang akan berperanan sebagai agen pengiklanan bagi pihak Sasar FB dan bayaran bukan seperti pay per click tetapi mengikut pakej mingguan ataupun bulanan.. emmm menarik tue....
Berikut adalah contoh iklan yang boleh ditempah bersama Sasar FB
Jika anda berminat untuk memasang iklan ataupun menjadi agen sila klik di sini
22 Mac 2012
BANGSA MALAYSIA PERLU 'MENERJAH DUNIA' BUAT MALAYSIA.
Dari lebih 7 bilion manusia yang hidup di dunia ketika ini, kurang dari 11 juta adalah jutawan. Malah tidak sampai 1,300 individu yang mampu capai status billionaire. Orang Asia terkaya (Li Ka-shing) pula hanya mampu menduduki tempat kesembilan dalam carta 10 manusia terkaya dunia.
Dalam konteks tokoh korporat tempatan pula, orang Melayu terbilang Malaysia (Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary) cuma dikatogerikan dalam kelompok 350 individu paling kaya dunia.
Menurut senarai Manusia Paling Berkuasa Dunia pula, Forbes tidak langsung menamakan mana-mana tokoh Malaysia. Sebaliknya usahawan muda teknologi Barat seperti Mark Zuckerberg (Pengasas FaceBook), Sergey Brin (Google), Larry Page (Google) dan Jeff Bezos (pemilik Amazon) masing-masing dinobat dalam kedudukan kesembilan, ke-30 dan ke-40 Manusia Paling Berkuasa Dunia ketika ini.
Semua ini seakan menjadi satu igauan ngeri buat kita - orang Asia, rakyat Malaysia dan Melayu khasnya. Kebanyakan kita sering menganggap pentas dunia cuma mampu dikuasai oleh tokoh Barat. Mereka dilihat sebagai manusia terhebat dan hanya mereka sajalah yang layak untuk bercita-cita menjadi tokoh itu dan ini di peringkat dunia atau antarabangsa.
Sebaliknya kita akan lebih ditertawakan jika bercakap tentang visi dan misi untuk 'menerjah dunia'. Mengapakah kita perlu terlalu merendah diri (inferiority Complex). Masih takut untuk bercita-cita tinggi apatah lagi untuk melonjak idea dan sebarang usaha ketahap kelas dunia? Justeru, satu anjakan paradigma berani perlu dilakukan segera meliputi sistem pendidikan, daya fikiran dan kaedah menilai sesuatu usaha dan bakat. Sementara kita kagum pada begitu ramai individu tersohor Malaysia. Anak muda dan bangsa Malaysia perlu bangkit dan berani mencabar diri masing-masing untuk mencipta sejarah dunia buat Malaysia- membina sebuah syarikat se-gah Facebook, Google atau Amazon.
Asia bukan lagi untuk Asia. Sebaliknya Dunia adalah juga hak bersama Asia. Dengan kerjasama erat diantara pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan bakat usahawan tulen yang boleh dipupuk, kita yakin tokoh dari kalangan rakyat kita juga mampu 'menerjah dunia'
Read More

05 Januari 2011
Terminal Bersepadu Selatan
Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) yang telah pun memulakan operasinya pada 1 Januari ini merupakan satu lagi lambang kemodenan sistem pengangkutan negara serta usaha kerajaan dalam memberi keselesaan kepada rakyat.
Pelbagai kemudahan moden melengkapi terminal pengangkutan bersepadu itu, yang dibina pada 2008 dengan kos RM570 juta bagi memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada pengguna.
Terminal itu juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur. Tinjauan Bernama ke TBS-BTS mendapati ia dilengkapi kemudahan yang tidak terdapat di hentian lain seperti kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam dan kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing’ melalui http://www.tbsbts.com.my/
Penjualan tiket menggunakan skrin disediakan di hadapan kaunter dan terdapat mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
Selain 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket, terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau “touch n go”.
Selain itu, sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
Beberapa restoran dan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) juga disediakan selain bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.
Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
Bangunan TBS-BTS, yang dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, mengandungi enam tingkat termasuk 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita.
Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.
Pembinaan terminal itu merupakan usaha kerajaan ke arah meningkatkan pengggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang selaras dengan sasaran Kementerian Pengangkutan meningkatkannya daripada 16 peratus pada masa ini kepada 25 peratus pada 2012.
Langgan:
Catatan (Atom)
Sosial Media
Paling Dibaca
-
Salam hormat kepada semua para sahabat dan pelawat. 1. Rasanya semua telah sedia maklum tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Se...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan koson...
-
1. Individu yang berbuat baik kerana sesuatu perkara boleh dilabelkan sebagai hipokrit dan oleh sebab itu individu berkenaan sanggup menjelm...
-
1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang me...
-
1. Sudah menjadi lumrah manusia sifat tuduh-menuduh adalah tidak asing lagi dengan lantang menuding jari kearah orang lain dengan niat yang ...
-
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dipotong lapan) 6 sm halia 3 batang serai 3 labu bawang besar 2 helai daun kunyit 1 ½ biji kelapa atau 1 peket sa...
-
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 1 Jurutera 2 Juruukur 3 Pegawai Kesihata...
-
Bahan-Bahan: 2 bungkus agar-agar 2,000 ml air 50 g gula ½ cawan gula merah ¼ cawan susu pekat Sedikit pewarna merah dan ungu Loyang atau se...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang masih tercari-cari untuk bekerja di sektor Keraja...
-
1. Tiada yang lebih bermakna selain memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri mahupun orang lain asalkan ianya membawa kebaikan b...