24 Mei 2010

Perempuan Degil Punca kena Pukul

1. Banyak yang berlaku hari ini yang dapat kita lihat dan baca di dada akhbar rata-rata wanita atau isteri dipukul, dibelasah sehingga lebam dan teruk oleh suami walaupun dalam keadaan lepas pantang.

2. Apabila masalah ini berlaku pastinya si lelaki ataupun suami dipersalahkan secara melulu sehingga dianggap tidak bertanggungjawab dan zalim kerana perbuatanya itu.

3. Keganasan rumah tangga yang berlaku hari ini boleh dikatakan hampir 70% masalah itu berlaku malah ada yang lebih teruk sehingga membawa kepada perceraian yang mana anak-anak adalah mangsanya.

4. Jika dikaji semula semua yang berlaku itu sebenarnya berpunca daripada kaum hawa sendiri iaitu si isteri yang terlampu banyak mencabar suaminya sehingga membawa tekanan yang cukup dasyat dan bakal mengundang tindakan luar kawal.

5. Masalah ini dikesan hasil dari beberapa punca yang telah dikenal pasti antaranya ialah kuat membebel, suka bertekak, cemburu buta dan yang paling ketara ialah bersifat degil yang terlampau sehingga membuat pasangan berasa bosan dan tercabar.

6. Apabila itu semua berlaku dan masih terjadi lagi walaupun telah berkali dibuat bincang bersama namun tiada perubahan yang dapat dicapai dan dirasakan lantas telah mewujudkan rasa dendam dan marah dikalangan suami yang telah banyak bersabar. 7. Tidak ada orang waras yang akan marah tanpa sebab apatah lagi untuk memukul sesuka hati. Dalam hal ini wanitalah sebenarnya punca yang membawa keretakan yang membawa jurang dan oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa wanita sekarang banyak yang bergelar ibu tunggal ataupun janda.

8. Kepada rakan-rakan yang lain, jadikan ini semua sebagai pendoman dan pengajaran untuk diri masing-masing kerana setiap kesabaran lelaki itu ada tahapnya. Jangan cubar mencabar jika kita sendiri tidak mampu bersabar.

8 ulasan

den setuju benor lah tuu

nice topic..visit mine if free k.;D

bukan suma salah perempuan, lelaki jgak patut disalahkan...jgn kita menuding jari di sebelah pihak saja...siasat dulu punca jgn main redah aje...

setuju dengan man..perkara macam ni memang patut disiasat dulu punca dia..pesalah selalunya pasti akan cari alasan ntuk bela diri sndiri..
cntoh: macam orang nak kahwin dua, selalunya akan mencari kesalahan isteri dia untuk dijadikan alasan..( ini pengalaman dari kelakuan kawan2 sendiri )

Tp kalau dah degil degil gak.. Bak kata orang binatang pun tahu dengar cakap

lelaki pun sama jgak degil... tak blh salahkan 1 pihak aje, yang penting ada tolak ansur...baru aman rumahtangga...

kalau budak2 tu paham gak nie dah tua pun x matang

perempuan degil sebab lelaki skrng x berkualiti..tau nk nek tangan je...xgne otak nk selesaikan mslh...mngalahkan prmpan ikot emosi...lelaki skrg xpandai didik wanita.. klu dh kawen harapkan perempuan buat semua...kene kerja cari nafkah blik kne kemas rumah, suami plak nk layanan first class klu xlyn cri pompuan len...mmg xpndai mnghargai...lelaki skrng high taste n dh pndai memilih...nk perempuan berpangkat tgi tp dri sndri xbleh jd the best...patu nk hrpkan prmpuan respek die lbh..mmg xlah...prmpuan degil pn puncanya drpd lelaki..xde sbb nk degil klu xde puncanya...


EmoticonEmoticon