1. Definisi TASKA adalah Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.
2. Taska adalah di bawah bidang kuasa JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)dan telah termaktub di bawah akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 di mana Semua pengusaha dan pengendali TASKA dan Pusat Jagaan DIWAJIBKAN mendaftarkan TASKA dan Pusat Jagaan masing-masing di JKM.
3. Dalam proses penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan, JKM bertindak sebagai ‘final agency’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.
4. Kini hanya 15 senarai TASKA sahaja yang berdaftar di Kuala Lumpur, 30 di Selangor,15 di Perak dan senarai yang lainnya boleh diperolehi di laman jkm.gov.my
5. Persoalannya,adakah benar fakta yang dimiliki oleh pihak JKM? Jika ianya benar sudah pasti terdapat banyak lagi TASKA yang ditubuhkan secara 'haram' tanpa mempunyai sijil yang DIIKTIRAF untuk menjalankan Kursus Asas Kanak-kanak oleh JKM.
6. Tidak mustahil TASKA haram ini tumbuh seperti cendawan kalau tidak kerana beberapa sebab. Mungkin diantara sebabnya ialah:
* Tiada Kawalan Penguatkuasaan yang bertindak tegas dan serius dalam menghapuskan TASKA haram.
* Harga kursus agak mahal(RM 480) di samping mengambil tempoh yang agak lama untuk mengikutinya.(18 hari)
* Untuk mengikuti kursus tersebut memerlukan 25-30 peserta. Jika pihak agensi yang menguruskan kursus tersebut gagal untuk mengumpul pada bilangan yang ditetapkan, ini bermakna kursus tersebut gagal dijalankan pada masa yang ditetapkan walaupun sudah mempunyai 10 orang peserta dan terpaksa mengubah pada masa yang lain sehingga mencukupi jumlah terbabit. Ini akan menimbulkan rasa bosan kepada si peserta yang terpaksa menunggu berbulan-bulan.
7. Perkara-perkara tersebut bukan sahaja memberi alu-aluan dan laluan kepada pengusaha ataupun pengendali TASKA untuk meneruskan operasi haramnya malah memaksa agensi yang bertanggungjawab dalam menjalankan kursusnya juga terpaksa gulung tikar dek kerana isu ini dipandang sepi oleh Pihak bertanggunjawab.
8. Pihak mana yang sepatutnya bertanggungjawab mengalas tanggunjawab ini. Adakah JKM atau pun PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
9. Saya atas tiket rakyat prihatin yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan mengharapkan daripada kerajaan prihatin untuk mengambil satu langkah jelas yang boleh menyelesaikan masalah ini kerana saya percaya isu ini bukannya sesuatu yang baru didengari malah isu ini nyata berpontensi memberi kesan buruk kepada nama kerajaan.
03 April 2009
Taska dan Penguatkuasaan.
✔
EmahTimah
5:27 PTG
Taska dan Penguatkuasaan.
EmahTimah
5.0
stars based on
35
reviews
1. Definisi TASKA adalah Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sosial Media
Paling Dibaca
-
Salam hormat kepada semua para sahabat dan pelawat. 1. Rasanya semua telah sedia maklum tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Se...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan koson...
-
1. Individu yang berbuat baik kerana sesuatu perkara boleh dilabelkan sebagai hipokrit dan oleh sebab itu individu berkenaan sanggup menjelm...
-
1. Sudah menjadi lumrah manusia sifat tuduh-menuduh adalah tidak asing lagi dengan lantang menuding jari kearah orang lain dengan niat yang ...
-
1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang me...
-
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dipotong lapan) 6 sm halia 3 batang serai 3 labu bawang besar 2 helai daun kunyit 1 ½ biji kelapa atau 1 peket sa...
-
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 1 Jurutera 2 Juruukur 3 Pegawai Kesihata...
-
Bahan-Bahan: 2 bungkus agar-agar 2,000 ml air 50 g gula ½ cawan gula merah ¼ cawan susu pekat Sedikit pewarna merah dan ungu Loyang atau se...
-
Assalamualaikum dan salam hormat. 1. Saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang masih tercari-cari untuk bekerja di sektor Keraja...
-
1. Tiada yang lebih bermakna selain memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri mahupun orang lain asalkan ianya membawa kebaikan b...
1 ulasan
Harap Dato' Sharizat akan peka pada isu ini sebaik sahaja mengalas tanggungjawab sebagai Menteri Baru di Kementerian lamanya.
EmoticonEmoticon