31 Mei 2009

Daftar Syarikat Anda Di Blog SSM


Salam hormat kepada semua para sahabat dan pelawat.

1. Rasanya semua telah sedia maklum tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Sebagai Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab di dalam mengendalikan perkhidmatan bagi kemudahan pelanggan berurusan dan menyerahsimpan dokumen di bawah Akta Syarikat 1965.

2. Bahagian ini juga bertanggungjawab di dalam pengurusan dokumen dan membekalkan maklumat korporat kepada orang ramai serta mengendalikan pembangunan produk dan perkhidmatan.

3. Untuk memulakan perniagaan yang sah, Syarikat berkenaan haruslah dipastikan berdaftar terlebih dahulu dengan SSM bagi memastikan Perniagaan tersebut berjalan dengan lancar dan mengikuti dasar undang-undang negara.


4. Namun ramai diantara kita mempunyai masalah yang sama iaitu masa menjadi penghalang untuk diluangkan bagi mendaftarkan Syarikat/Perniagaan sendiri kerana banyak lagi komitmen yang lebih memerlukan perhatian kita dalam jadual hariaan.

5. Kini urusan anda akan jadi lebih mudah kerana terdapat Blog yang menawarkan perkhidmatan SSM diantaranya ialah Daftar Perniagaan (ROB), Daftar Syarikat (ROC) turut menawarkan perkhidmatan pendaftaran Kewangan.

6. Yang menarik tentang SSM d BLOG ini adalah kerana 100% menjalankan perniagaan melalui online sahaja ini bermakna anda hanya perlu berurusan dalam talian yang pasti menjimatkan masa anda.

7. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih murah jika di bandingkan dengan pihak manegment lain di samping mengambil masa yang lebih pantas untuk sesuatu Pendaftaran Sayarikat/Perniagaan di SSM. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi di laman SSMdBLOG.

Read More

16 Mei 2009

Rancangan Perniagaan Di my KERTAS KERJA

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan para pelawat.

1. Perniagaan merupakan salah satu bidang kerja yang popular dan menjadi pilihan masyarakat masa kini memandangkan kerja yang diusahakan adalah untuk diri sendiri disamping bebas mengikut masa sendiri.

2. Untuk menceburi bidang perniagaan bukan sesuatu yang mudah dan bukan sesuatu yang mustahil untuk berjaya. Dalam bidang tersebut, nasib turun naik adalah perkara biasa ditempuhi kerana itu adalah asam garam perniagaan dan hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja yang akan berjaya.

3. Memang tidak dapat dinafikan bahawa modal adalah sesuatu yang mempunyai peranan besar dalam menjalankan perniagaan tambahan pula perniagaan yang melibatkan keuntungan besar.

4. Hampir 85% daripada mereka yang menjalankan perniagaan adalah mereka yang memohon pinjaman dari pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman termasuklah perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS).




5. Untuk mempunyai modal dalam mengurus tadbir perniagaan, biasanya Bank adalah agensi pilihan para perniaga sebelum agensi dari pihak kerajaan.

6. Tetapi untuk mendapatkan kelulusan pinjaman anda haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Yang paling penting adalah dengan mengemukakan rancangan perniagaan anda kerana dari sudut itu Pihak Bank akan dapat menilai keupayaan dan prestasi perniagaan anda.

7. Justeru kepada mereka yang inginkan kertas kerja yang berkualiti tinggi disamping harga yang teramat rendah bolehlah melayari mykertaskerja.blogspot.com kerana di laman tersebut padat dengan informasi berkait dengan Kertas Kerja hasil dari Syarikat yang telah berjaya mendapat kelulusan pinjaman.
Read More