Malaysia Map

Resepi Ayam Percik

04 Disember 2008


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dipotong lapan)
6 sm halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil santan peket 1 mangkuk) Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut




Cara:

Ayam yang sudah dipotong lapan dibersihkan kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat. Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan daun kunyit diramas kemudian masukkan dalam periuk ayam tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat disebelah bawah dan pangganglah ayam tadi sambil di sapu air yang jernih pada ayam. Biarkan hingga ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi. Untuk menambahkan kesedapannya, perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Enak dimakan ketika masih panas.

14 ulasan:

Hairul berkata...

Terima kasih Pn. EmahTimah

Tanpa Nama berkata...

Emm menyelerakan.. Tq

Aishah @ UmmiAqil berkata...

salam kenal jua dr aishah...nampak best ayam percik nih...

hani berkata...

Terimakaseh kerna sudi ke halaman ku.. salam perkenalan dari saya.

Ayam Percik EmahTimah sungguh menyiorkan ... bole la cuba untuk juadah Hari Raya Haji ini :)

SyAhiRah LaLAla berkata...

wow nampak yummy! was here too,,puan :) tq 4dropping by at my blog. senang2 nanti singgah la lagi ye :D

Tanpa Nama berkata...

memang sedap sungguh resepi ni, saya sendiri dah mencuba, tapi satu saja bahan yang takda kat negeri perantauan ni, daun kunyit!

Tanpa Nama berkata...

nampak menarik tapi, kenapa tak letak cili?

Tanpa Nama berkata...

nak tanya ckit,apa dia bahan2 yg nak kena gilin lumat tu?

Tanpa Nama berkata...

peliknya ayam percik ni masuk buah keras tapi boleh cuba ni nampak sedap..tq

Tanpa Nama berkata...

perrrggghhhh.... sodap nyaaa. balik kang singgah bazar ramadhan.

Tanpa Nama berkata...

nmpk menarik,nt blhla saya nak try masak sama
kalo ada resipi lain tlg caat ye
trutama resipi sup soo hoon
tau kn ape tu soo hoon????

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.... sy bru nk try ni.... tp nmpk mcm sdp je,....

Tanpa Nama berkata...

thax kongsi resepi...

Tanpa Nama berkata...

Fine way of explaining, and nice article to obtain data on the
topic of my presentation topic, which i am going to convey in
school.

Review my web site :: noticias primero

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails