20 Disember 2008

Alahai IJN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kabinet hari ini menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd. sehingga satu kajian mendalam selesai dilakukan.

Cadangan Sime Darby untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam IJN Holdings itu pada dasarnya dipersetujui kerajaan secara bersyarat. Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk ahli politik membantah cadangan itu kerana bimbang institusi berkenaan tidak akan lagi memenuhi matlamat pengwujudannya.

Saya tidak fikir penswastaan itu adalah satu idea yang baik memandangkan institut itu "adalah badan amal yang unik" berdasarkan kepada prestasinya yang cemerlang setakat ini. Malahan belum pernah sesuatu penswastaan itu harganya akan turun atau lebih murah selepas pengambilalihan dilakukan tetapi adalah sebaliknya dan ini akan memberi kesan kepada masyarakat terutama golongan yang susah.

Kerajaan haruslah mendapatkan maklumbalas dan pandangan daripada orang ramai dan badan bukan kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan kerana pada saya, akan menjadi kebimbangan apabila syarikat swasta ambil alih, kebajikan golongan miskin akan diketepikan dan mereka mungkin tidak mendapat rawatan perubatan pada kadar rendah lagi.

2 ulasan

betul tu..mmg x setuju d swastakan kan...ssh bg golongan bawah..harus di ingt sakit tidak kira pd yg atas atau di bwh,bg yg x berkemampuan ssh la kan...

saya yakin harga mereka nanti akan sesuai utk org yg kaya shj


EmoticonEmoticon