30 April 2010

Siapa Pengkhianat Bangsa

1. Sudah menjadi lumrah manusia sifat tuduh-menuduh adalah tidak asing lagi dengan lantang menuding jari kearah orang lain dengan niat yang buruk. Siapa pengkhianat bangsa yang sebenarnya? Kamu, saya ataupun dia?

2. Pengkhianat bangsa adalah sesuatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan tetapi kadangkala ia berlaku tanpa sedar sehingga kebanyakan darinya adalah merupakan dari golongan anak muda kita sendiri.

3. Tak perlu kita melebelkan Umno ataupun Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa melayu kerana yang bersalah dan perlu dipertanggungjawabkan adalah diri kita sendiri khususnya para blogger.

4. Ya, para blogger kita yang tidak sedar akan tulisanya yang secara langsung telah memperkotak katik bangsa Melayu menerusi hasil tulisannya diruangan blog mereka sendiri.

5. Apa yang dimaksudkan oleh saya ialah bahasa dan gaya penulisannya. Ini bukan sahaja menimbulkan rasa kecewa malah menakutkan kerana semakin lama semakin ramai pengamal bahasa yang mecacatkan bahasa dan terus mengkhianati bangsa mereka sendiri yakni bangsa Melayu.

6. Saya tidak menafikan kita sekarang hidup dalam dunia serba moden dan canggih namun ini tidak bermakna kita diberi lesen untuk kita merosakan bahasa ibunda yang menjadi pegangan sejak sekian lama dan mungkin telah diamalkan lebih dari 7 keturunan.

7. Jauh dari sudut hati saya untuk mengkritik keras kepada mereka yang berkenaan tetapi saya juga sebagai anak bangsa Melayu turut terpanggil untuk melontarkan pandangan sendiri.




8. Siapa lagi yang akan mempertahankan dan menghargai bahasa Melayu jika bukan kita sendiri yang mengalasnya di bahu dan ingatlah wahai rakan-rakanku bahawa Bahasa sesungguhnya melambangkan Bangsa.

9. Pulanglah ke pangkal jalan dan marilah bersama-sama kita menyatupadukan dan memperkasakan bahasa ibunda dan harus diingat kita adalah pengkhianat bangsa jika kita yang merosakan bahasa yang murni ini.

Read More

18 April 2010

Di Hujung Perhubungan

1. Sebagai manusia biasa kita pasti terdedah dengan pelbagai cabaran mahupun ujian untuk melalui detik bahagia yang kita harapkan bilamana kita berpasangan khususnya dalam bercinta sebelum melangkah lebih jauh ke alam perkawinan yang pastinya lebih mencabar.

2. Pada permulaan pertemuan perkenalan dan seterusnya menjalin hubungan yang lebih serius semuanya tanpak sempurna walaupun jelas terukir kekurangan pada pasangan tersebut namun dengan anggapan perubahan boleh berlaku jika diberi peluang maka semua yang tak disenangi ditelan begitu sahaja.

3. Kerapkali kita mengharapkan akan memberi dan menerima yang terbaik dari pasangan namun kurangnya kesefahaman adalah faktor utama yang membawa ke arah pertelingkahan antara dua insan ini.

4. Apabila keadaan ini terjadi, ego yang seperti diketahui boleh menjejaskan lagi hubungan telah menjelma dan kadangkala menguasai hingga ke tahap boleh memakan diri sendiri lantas menghalakan perhubungan kearah jurang antara satu sama lain.

5. Tanpa rasa jemu, pelbagai kaedah dan pelbagai teknik telah diusahankan demi menjaga kepentingan perhubungan itu agar ia terus mekar dan segar sentiasa seperti yang diharapkan pada permulaan pertemuan perkenalan.

6. Harapan yang pada mulanya disandarkan untuk melihat perubahan dalam diri pasangan kian lebur malah kekurangan padanya seakan tidak dapat dipisahkan lagi dalam dirinya walaupun telah diperuntukan masa yang agak panjang untuk melihat dia bebas dari penyakitnya yang keras kepala.




7. Apabila tahap kesabaran sudah mencecah ke paras tertinggi dan melebihi dari hadnya maka tibalah waktu perhubungan itu di penghujungnya. Hanya titisan air mata yang mengiringi selain pasrah dengan apa yang terjadi tanpa menyimpan rasa dendam di hati malah mendoakan bekas pasangan akan mendapat yang terbaik untuk dirinya kelak.

8. Apa yang berlaku telah berlalu, tiada gunanya kita menoleh kebelakang kerana kehidupan ini memerlukan komitmen yang penuh untuk melihat kehadapan melainkan kebaikan darinya perlu dikenang sampai bila-bila dan apa yang penting ia perlu dilihat dari sudut yang positif, jadi anggaplah ia satu dari proses yang bakal mematangkan diri kerana ia adalah pengalaman dan kita harus belajar dari pengalaman supaya tidak melakukan kesilapan yang berulang.

Read More

15 April 2010

Khasiat Air Kencing

1. Pernah ke anda mendengar tentang rawatan air kencing atau dalam bahasa inggeris urine therapy dan dalam bahasa indonesia di bilangnya air seni. Mengikut perkembangan sejarah, kaedah ini telah lama diguna pakai dan di antara Negara yang terawal yang mengamalkannya ialah Negara India telah hampir 5,000 tahun yang lalu,Masyarakat Eropah 4,000 tahun yang lalu namun di Negara Cina baru diketahui sejak 1,700 tahun yang lalu berbanding dengan Jepun hanya 700 tahun yang lalu.

2. Sebagai masyarakt moden di abad ke-21 sudah tentu kita menganggap ianya amalan kuno dan mungkin menjijikan malah sukar diterima akal. Tetapi tahukah anda walaupunbegitu masih ada sebilangan masyarakat yang berpegang teguh tentang rawatan air kencing ini.




3. Dipercayai Air Kencing boleh menyembuhkan penyakit seperti asma, sakit jantung, tekanan darah tinggi, kulit gatal dan lain-lain lagi. Kaedah yang di gunakan ialah dengan minum Air kencing sendiri selain menyapu di permukaan kulit.

4. Paparan ini tidak lain sebagai menambah pengetahuan dan tidak sesekali mempengaruhi anda untuk membuat demikian sewajarnya anda perlu membuat kaji selidik yang lebih mendalam mengenai rawatan air kencing ini termasuk dari segi agama agar tidak terpesung.
Read More

08 April 2010

Shop Online atau Shopping Online


1. Suka saya disini untuk menyatakan perniagaan online bukan lagi sesuatu angan-angan malah ianya saban hari semakin mendapat tempat di hati bukan sahaja dikalangan pengusaha malahan si pembeli dalam menjalankan proses jual beli yang menguntungkan kedua-dua pihak.

2. Masakan tidak ianya menjadi pilihan masa kini kerana dapat menjimatkan masa, kos dan paling penting sampai terus ke rumah tanpa memerlukan pihak ke-3. Bayangkan kita boleh membeli apa sahaja selari dengan kemahuan kita dengan hanya hujung jari.. seronokan!!

3. Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi paparan dengan anda semua tentang satu perniagaan yang dijalankan oleh Syaz Fashion House yang semakin mendapat perhatian dan pilihan banyak pihak.

4. Syaz Fashion House menjalankan 100% perniagaan melalui online bagi menuntut kehendak orang ramai yang gemar Shopping Online. Terdapat pelbagai kategori yang diperagakan seperti Beg tangan, Pakaian lelaki dan Wanita, Beg sekolah kanak-kanak dan pelbagai lagi yang menarik dan pasti merambangkan mata anda bila memandangnya.

5. Apa yang menarik ianya bukan sekadar barang yang dipertonjolkan malahan menawarkan harga pada kadar yang paling berpatutan disamping paparan portal yang mesra pengguna.




6. Jika anda berminat untuk shopping online bersama Syaz Fashion House sila klik Di Sini pastinya tidak menghampakan anda.

Read More