22 Januari 2010

Perkhidmatan Buat Ebook Cover





1. Ebook cover adalah benda yang asas yang perlu ada oleh para perniaga online dalam usaha untuk memasarkan produk mereka. Mungkin ianya agak merumitkan untuk dihasilkan oleh mereka yang baru untuk menceburi bidang perniagaan online.

2. Jangan jadikan ia penghalang kepada cita-cita anda kerana kami sedia membantu dalam menghasilkan serta membuat ebook cover mengikut kemahuan anda.

3. Harga yang ditawarkan adalah pada harga promosi iaitu RM 30/ebook cover.Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan membuat ebook cover ini sila emel ke emahtimah@gmail.com

Read More

06 Januari 2010

JKM Perlu Cari Alternatif


1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang memberi perlindungan serta pemulihan kepada kumpulan sasar seperti golongan OKU, warga emas, kanak-kanak dll.

2. Banyak mata hanya memandang kepada kecuaian dan kelemahan JKM sahaja tanpa menyedari penat lelah kakitangannya yang bertungkus lumus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mereka. Ini kerana, Pekerja kes misalnya tidak terhad kepada kes bantuan kewangan sahaja malah turut serta memberi bantuan ketika bencana kepada mangsa yang terlibat. Bayangkan jika Banjir (bencana) berlaku pada jam 12.00 mlm, maka kakitangan JKM terbabit terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk menjalankan tugas.

3. Apabila tema Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan seakan ternampak pemohon yang tidak berkelayakan juga mengambil kesempatan tanpa rasa segan-silu untuk memohon. Ada sumber-sumber yang boleh dipercayai juga memberi tahu, Ada diantara Pemohon yang telah menerima bantuan kewangan di Negeri Selangor misalnya juga memohon dan telah menerima bantuan di Negeri lain seperti Kuala Lumpur misalnya. Dan ini jelas menunjukan Pemohon tersebut menjadikan Bantuan JKM sebagai hasil pendapatan tetap dengan hanya "goyang kaki" pada setiap bulan.

4. Tidak Hairan jika pendapatan si Penerima bantuan ada yang melebihi dari gaji pekerja kes JKM, mana tidaknya mereka juga boleh memohon Zakat, Baitulmal dll.

5. Bukan pendapatan mereka yang dipertikaikan malah berharap agar JKM melihat semula tujuan asalnya iaitu dengan memberi Bantuan Kewangan Sebagai elaun perangsang untuk menggalakkan kumpulan sasar Jabatan supaya terus bekerja dan akhirnya mampu berdikari
terlaksana.

6. Mungkin juga Pemohon-pemohon (tidak termasuk OKU dan Warga Emas) tidak akan berdikari sampai bila-bila kerana sudah sedap dan enak menerima bantuan pada setiap bulan lantas tidak ada perubahan yang berlaku pada diri mereka malah menyumbang faktor kemalasan yang merebak kian mendalam.




7. Alternatif yang perlu dicari agar JKM tidak lagi memberi "ikan" sebaliknya memberi "pancing untuk mendapatkan ikan" kepada KLIENnya. Ini penting kerana mampu mengurangkan kebergantungan mereka kepada Kerajaan.

8. Memang tidak dinafikan bahawa JKM juga menyediakan Geran Pelancaran untuk perniagaan bagi mereka yang berminat dan layak tetapi ianya kurang dari segi informasi dan pendedahan kepada orang Awam.

9. Saya meletakan sedikit harapan untuk melihat Pihak Pengurusan JKM akan mencari alternatif baru yang membawa kebaikan kepada semua khususnya mereka yang masih muda yang telah diberi bantuan.
Read More

01 Januari 2010

Salam Tahun Baru

1. Masa berputar dengan pantas dan sekelip mata kita telah melangkah ke tahun baru 2010 yang pastinya bakal melakar kisah-kisah baru dalam hidup kita.

2. Tahun 2009 telah banyak meninggalkan 1001 kenangan yang sentiasa terpahat di ingatan. Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari proses kehidupan yang adakalanya gembira,sedih dll untuk dilalui.

3. Namun yang telah berlalu tetap berlalu, secara tidak langsung ia menyumbang kepada kematangan diri. Kini tahun 2010 yang menjelma disambut dengan riang dengan hati terbuka. Semoga tahun 2010 ini membawa lebaran yang lebih bermakna kepada kita semua.

4. Salam Tahun Baru dari saya sekeluarga untuk 1Malaysia.
Read More