Malaysia Map

Cara Buat Komen Facebook Di Blog

17 Mei 2010



1. Tiada yang lebih bermakna selain memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri mahupun orang lain asalkan ianya membawa kebaikan bersama. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah cara buat komen facebook di blogspot agar blog anda lebih mesra rakan-rakan dari facebook yang pada masa kini kian popular di kalangan pengguna.

2. Antara kebaikan sistem ini ialah blog anda akan mendapat perhatian yang lebih dari rakan-rakan facebook yang sememangnya gemar dalam memberi komen dan pandangan manakala keburukannya ialah anda terpaksa mengkorbankan komen-komen yang lama di blog anda ataupun biarkan saja blog anda terdapat terdapat dua ruangan komen seperti blog ini.

3. Sebelum saya menerangkan langkah demi langkah untuk membuatnya, pastikan anda telah berdaftar dan telahpun mempunyai akaun di facebook bagi memastikan proses berjalan lancar dan sempurna.

4. Langkah pertama:

* Sila pergi terus ke laman http://www.facebook.com/developers/createapp.php
* Tulis nama blog anda
* Pilih setuju



5. Langkah ke-2

* Sila Copy API Key untuk kegunaan seterusnya



6. Langkah ke-3

* Klik sambung di bahagian kiri
* Isikan alamat blog anda di ruangan sambung URL seperti http://namabloganda.blogspot.com
* setelah selesai sila tekan simpan



7. Langkah ke-4

* Masuk ke akaun blog anda
* Pergi ke papan pemuka/dashboard > Layout > Edit HTML
* Anda dinasihatkan backup terlebih dahulu template anda sebelum memulakannya * cari kod di bawah ini yang terletak di permulaan kod HTML di blog anda

<html expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr' >

* Gantikan dengan kod ini

<html expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr' xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'>

* Carikan kod </head> dan letakan kod di bawah ini sebelumnya

<script src='http://static.ak.connect.facebook.com/js/api_lib/v0.4/FeatureLoader.js.php' type='text/javascript'/>

* Selepas itu, cari pula kod </body> dan letakan kod di bawah ini sebelumnya
* Sila gantikan API KEY yang diberikan tadi dan gantikan di YOUR_API_KEY_HERE
* Setelah selesai sila tekan simpan

<script type='text/javascript'>
FB.init(&quot;YOUR_API_KEY_HERE&quot;, &quot;&quot;);
</script>

8. Langkah terakhir

* Salin kod di bawah ini dan letakan di tempat yang anda ingini

<fb:comments width="350"></fb:comments>

9. Semoga anda berjaya dan segala pandangan mahupun aduan anda dialu-alukan di ruangan komen di bawah.

15 ulasan:

Clara Emily Cancer berkata...

dah try buat.
tp x jadi la..
tlg ajarkan.

Tanpa Nama berkata...

tq saya dah berjaya dan sangat berpuas hati

kenwooi berkata...

looks like FB wanna conquer blogs too =P

Clara Emily Cancer berkata...

nape saya wat tak jadi..
grm nye..
tlg ajar wahai tanpa nama..

claraemilycancer.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Saya buat pun jadi lah yeah.. awk ikut je arahan yang yang diberi kat atas ini clara

Clara Emily Cancer berkata...

takleh wat la..
yg application kt fb tu.
tak jadi la.

mummy nana berkata...

like! nti i try ekkk

Ejam Amad berkata...

Tak boleh pun..camne yer?

Tanpa Nama berkata...

tipu je semua ni..x jadi pon...bg la cara dan terangkan dengan seterang terangnya..

(^__^) Dwen Rasid (^__^) berkata...

Sama Juga La...saya buat x boleh daftar kat aplikasi facebook tu

Admin berkata...

heran ak camna org wat camtu.. ak buat xjd..
ak ni da la newbie..
dammit.. http://john-komputer.blogspot.com/

mkhafiz berkata...

kekadang kena tgk template yg korang guna juga.ada yg tak support :)

AR-Mujahid berkata...

betul la..nape mcm xde je apa yang kamu stated kn. tapi saya nak juga komen fb ni.tolong admin
Entri Terbaru Saya:
Cara Terbaik Untuk Boikot Yahudi

Terbelog berkata...

x jadi pung

Borneo berkata...

Tmplate blog ku tdk mendukung

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails