06 Julai 2009

Kuih Raya, Pembekal, Pemborong & Peluang Niaga

Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Saban tahun raya pasti menjelma dan pastinya Kuih Raya adalah menu wajib yang dihidangkan oleh tuan rumah kepada tetamunya selain dari hidangan lemang, ketupat dll. Hampir 65% orang kita membelanjakan wang mereka untuk persediaan ini dek kerana kekangan masa yang terbatas.

2. Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah peluang untuk menjana pendapatan sampingan pada musim Raya kelak dengan menjual Kuih Raya tanpa perlu berhempas pulas untuk menghasilkan Kuih Raya tersebut kerana 'Pemborong Kuih Raya Malaysia' iaitu sebuah syarikat tempatan yang berperanan sebagai pembekal dan menjual pada harga borong kepada pelanggan mereka.

3. Apa menarik tentang Kuih Raya keluaran syarikat terbabit adalah kerana menjual pada harga borong disamping tidak mengabaikan kualitinya. Bukan sahaja Kuih Raya tersebut ternampak berselera malah mempunyai rasa yang boleh dikagumi.

4. Saya bersetuju dengan pendekatan yang digunapakai oleh Pemborong Kuih Raya Malaysia di mana syarikat terbabit menjual Kuih Raya pada harga Borong, secara langsung memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan mereka.




5. Saya di fahamkan, ada yang menjana pendapatan sampingan dengan menjual Kuih Raya ini mencecah ribuan ringgit hasil dari komisyen penjualan mereka. Semasa mendengar penjelasan tersebut pun saya rasa nak gelak tapi bila difikir semula mungkin ada asasnya bak kata perpatah nak seribu daya..

6. Jika anda berminat untuk mencuba peluang niaga Kuih Raya ini sila klik Di Sini untuk terus ke laman Pemborong Kuih Raya Malaysia kerana terdapat banyak paparan yang terperinci berkenaan perniagaan bermusim ini.
Read More