24 Jun 2009

Makluman Dari SPN SELANGOR

Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Saya terharu apabila melihat hits blog EmahTimah mendadak naik hasil dari paparan artikel jawatan kosong spn selangor pada baru-baru ini ternyata mendapat sambutan di luar jangkaan.

2. Apa yang hendak saya ketengahkan pada kali ini ialah pesanan yang baru saya terima dari pihak SPN SELANGOR berhubung dengan cara permohonan untuk memohon jawatan kosong kerana terdapat sedikit kekeliruan.

3. Saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menjelaskan dan menyampaikan makluman bahawa pemohon haruslah mengunakan borang yang di keluarkan atau dimuat turun melalui laman SPN.SELANGOR.GOV.MY sahaja bukan di gerbang.selangor.gov.my.

4. Dari segi mata kasar memang ia ternampak seolah-olah borang tersebut adalah sama namun yang membezakannya adalah diruang 'SILA BACA SEMUA KETERANGAN BERIKUT SEBELUM MENGISI BORANG'(terletak di permukaan atas)bukan kepada Yang DiPertua sebaliknya kepada Setiausaha.




5. Anda perlu berwaspada dan tidak mengambil mudah perkara demikian kerana Pihak SPN SELANGOR memandang serius dan akan menolak permohonan tersebut dengan serta-merta. Jadi, AWAS kepada anda yang berkenaan jangan sampai anda merupakan salah seorang dari mereka yang ditolak permohonannya.

6. Klik Di Sini untuk dapatkan Rahsia Lulus Temuduga sekarang!!! Dan Klik Di Sini untuk ke laman SPN.SELANGOR.GOV.MY

Read More

22 Jun 2009

Jawatan Kosong SPN SELANGOR

Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang masih tercari-cari untuk bekerja di sektor Kerajaan amnya, kini anda berpeluang untuk mengisi Kekosongan tersebut kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN SELANGOR) telah pun mengeluarkan iklannya pada 21 Jun 2009 di Akbar Berita Harian.

2. Sebelum saya mengulas lanjut saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak SPN SELANGOR kerana memperhalusi cadangan saya untuk mengwujudkan Laman Web mereka sendiri untuk kemudahan orang awam. Kini Laman Web SPN.SELANGOR.GOV.MY dalam Proses dan bakal bertemu penggunanya dalam masa terdekat ini.

3. Berikut adalah senarai lengkap Kekosongan Jawatan di SPN Selangor bagi tahun 2009:






4. Untuk mengetahui Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Sila Klik Di Sini kerana banyak rahsia yang anda perlu tahu bagi mencapai kemahuan anda.

5. Untuk Download Borang Permohonan sila Klik Di Sini dan hantar permohonan anda selewat-lewatnya pada 6 Julai 2009 kepada Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Darul Ehsan, Tingkat 1 Bangunan Darul Ehsan, No 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam.

6. Rebutlah peluang ini kerana lazimnya Kekosongan hanya dibuka setahun sekali sahaja tambahan lagi ianya berstatus Tetap. Akhir kata dari saya, mudah-mudahan anda semua akan berjaya.
Read More