26 Mac 2009

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Perlu Lebih Peka

Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Seperti yang sedia maklum, kekuatan sesebuah kerajaan bergantung kepada kepimpinan dan tidak lupa juga kakitangan yang di lihat sebagai tulang belakang kepada kerajaan itu sendiri.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) adalah merupakan saluran untuk menempatkan kakitangan Awam di selangor.Kebiasaanya, kekosongan jawatan dapat diperolehi dan di ketahui melalui ruangan iklan di surat-surat khabar tempatan.

2. Masa berubah dari semasa ke semasa dan sekarang kita dapat lihat penggunaan Internet semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan Masyarakat. Di negeri Kelantan dan Kedah misalnya telah pun mempunyai Laman Web SPN yang tersendiri. Langkah ini perlulah di contohi dan diikuti oleh negeri Selangor yang merupakan diantara negeri yang paling maju di Malaysia.

3. Antara kebaikannya adalah masyarakat akan lebih mudah mendapat informasi serta mendekati Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor di samping mengetahui dengan lebih terperinci tentang iklan terkini kekosongan jawatan yang kini hanya boleh didapati di surat-surat khabar sahaja dan pengetahuannya agak terbatas kerana bukan semua surat-surat khabar tempatan yang menyiarkannya.Seharusnya pihak berkenaan haruslah lebih peka terhadap kehendak dan perubahan semasa ini.




4. Adalah diharapkan sepenuhnya agar pihak berkenaan dapat memperhalusi pandangan ini dalam menambahbaikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dalam memberi kemudahan serta manfaat kepada Masyarakat di Selangor.

Read More

Politik Tanah Air

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Kehilangan saya selama ini bukan kerana dihumbankan kedalam ISA,bukan kerana sibuk berkempen untuk pilihanraya kecil yang bakal diadakan tak lama lagi tetapi jadual saya dipadatkan dengan prihal pribadi yang tidak mengizinkan saya untuk memaparkan entry terbaru di blog ini.

2. Walaupun politik bukan dalam bidang saya dan blog ini juga bukan untuk isu-isu politik tetapi saya sedar bahawa politik tanah air secara tidak langsung mempengaruhi jatuh bangun bangsa kita dan tidak terkecuali negara juga menerima kesannya.

3. Secara jelas saya bukannya pro-politik tetapi saya lebih suka peka dengan keadaan semasa. Saya yakin tidak ada diantara kita yang mahukan perpecahan kerana kita sedia maklum bahawa lebih banyak keburukan dari kebaikannya.

4. Tidak ada niat lain selain dari niat untuk berkongsi pandangan dengan anda semua bagi memperhalusi masalah yang berlaku. Apakah kesannya apabila kita berpecah? Siapa yang bertanggungjawab dalam isu ini? Bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian?
Read More