28 Januari 2009

Garisan Panduan Atau Garisan Pencemaran



Assalamualaikum dan salam hormat.

Baru-baru ini KTMB telah memperkenalkan satu Kaedah Garis Panduan di lokasi-lokasi tertentu bagi memudahkankan lagi perjalanan serta mengurangkan kesesakan yang berlaku di antara penumpang. Motif Garis Panduan ini sangat positif jika ia diguna pakai dengan baik dan tepat sekiranya tren yang berhenti di ruangan yang betul tetapi jika tidak ia hanya mencacatkan pemandangan dan garisan tersebut akan menjadi pencemar permandangan sahaja.



Inilah hasil dari pemerhatian saya, jelas sekali Garis Panduan ini tidak digunakan dengan baik maka ia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tren yang berhenti tidak tepat pada ruangan yang di sediakan dan tersasar pada tempat sepatutnya. Pihak KTMB seharusnya lebih peka dengan keadaan ini, jangan biarkan Garis Panduan menjadi Garis Pecemaran yang saya rasa lebih baik tidak ada dari ada pun macam tiada.
Read More

17 Januari 2009

Rawatan Baru

Kecantikan adalah hak milik setiap insan.. Satu cara baru dan pertama di dunia yang telah terhasil bagi merialisasikan impian anda untuk mendapatkan kulit gebu & berseri..

Saksikan terus video klip tersebut

Sila klik Di sini
Read More

01 Januari 2009

Wanita Lebih Kuat Dari Lelaki?

Assalamualaikum dan salam tahun baru 2009..

Saya rasa tertarik untuk menghiasi ruangan di sini dengan artikel ini hasil daripada pengamatan dan sedikit-sebanyak kajian saya berkenaan dengan tajuk ini. Saya percaya dengan segala penulisan dan komen di dalam blog ini juga mampu menjadi jambatan yang menuju ke daerah komuniti yang bakal membawa kepada perpaduan bersama.

Saya akan kupas satu persatu dengan apa yang dikatakan Wanita lebih kuat daripada Lelaki.Hahh Jangan pandang Wanita xda mata.. walaupun pada hakikatnya golongan lelaki memang dilahirkan lebih kuat sedikit daripada wanita dari segi fizikalnya namun jangan lupa bahawa Wanita juga ada kelebihannya. Antara kelebihan Wanita yang melebihi dari golongan Lelaki adalah seperti berikut:

1) Merajuk

- Betul tak? Wanita lebih kuat merajuk daripada Lelaki.. hehehe jadi jangan cuba bermain dengan api sebab bukan senang nak pujuk tau..

2) Membebel

- Ini adalah takdir.. xda siapa mampu menafikannya. jangan buat apa yang dia tak suka kalau xnak dia membebel.. hehehe Inilah kuasa Wanita yang tak mampu ditandingi oleh Lelaki.

3) Cemburu

- Kata orang cemburu tanda sayang, jadi wanita lebih Memahami erti kasih sayang.. ye ke erk?




4) Cerewet

- Seseorang yang bersih cerewet tentang kebersihan, Dia sentiasa hendakan kawasan sekeliling yang bersih sahaja..

5) Berbelanja

- Hampir 80% kalau anda masuk sahaja shopping kompleks anda akan nampak Wanita lebih ramai daripada Lelaki dan ini membuktikan yang Wanita lebih kuat berbelanja dari Lelaki.

Jadi kepada kaum Adam di sana.. Jangan iri hati dengan kaum Hawa kerana apa yang dinyatakan di atas adalah hak milik Wanita sepenuhnya.. hahaha. Walaubagaimanapun, ini semua hanyalah pandangan saya dan mungkin berbeza dengan anda. Justeru sila tinggalkan komen anda untuk menegahkan pula pendapat anda.

Read More