26 Mac 2009

Politik Tanah Air

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Kehilangan saya selama ini bukan kerana dihumbankan kedalam ISA,bukan kerana sibuk berkempen untuk pilihanraya kecil yang bakal diadakan tak lama lagi tetapi jadual saya dipadatkan dengan prihal pribadi yang tidak mengizinkan saya untuk memaparkan entry terbaru di blog ini.

2. Walaupun politik bukan dalam bidang saya dan blog ini juga bukan untuk isu-isu politik tetapi saya sedar bahawa politik tanah air secara tidak langsung mempengaruhi jatuh bangun bangsa kita dan tidak terkecuali negara juga menerima kesannya.

3. Secara jelas saya bukannya pro-politik tetapi saya lebih suka peka dengan keadaan semasa. Saya yakin tidak ada diantara kita yang mahukan perpecahan kerana kita sedia maklum bahawa lebih banyak keburukan dari kebaikannya.

4. Tidak ada niat lain selain dari niat untuk berkongsi pandangan dengan anda semua bagi memperhalusi masalah yang berlaku. Apakah kesannya apabila kita berpecah? Siapa yang bertanggungjawab dalam isu ini? Bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian?