12 Disember 2008

Patutkah Cuti Kakitangan Awam Baru Dikurangkan?

Assalamualikum dan salam sejahtera semua.

1. Bagi yang dah lama berkhidmat dengan kerajaan pastinya merasa lega dengan khabar terbaru ini tetapi berbeza dengan kakitangan yang baru mahupun yang baru berhajat untuk berkhidmat di sektor awam.

2. Mulai 1 Jan, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguatkuasa maritim dan pegawai pelajaran, akan dikurangkan lima hari berbanding Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari, ini bermakna meraka hanya dapat cuti tahunan sebanyak 25 hari sahaja.

3. Saya merasakan perkara ini tidak adil memandangkan untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.Adalah lebih baik dengan membuat keputusan yang sama rata dan tidak membebankan mana-mana pihak. Yang lebih ketara, apabila keputusan ini dibuat akan menampakkan sesuatu keputusan yang berat sebelah sahaja.

4. Sepatutnya pihak tertentu perlulah mengkaji dengan lebih mendalam dan lebih terperinci sebelum membuat sesuatu keputusan. Bagaimana pula dengan pandangan anda? Apakah patut kita hanya perlu jadi pak turut sahaja? Renung-renungkan.. selamat beramal..

4 ulasan

err no komen, sebab kerja swasta. tapi dah bagi kemudian ambik balik... tak patut la

emm rasenyer sepautnya memang dikurangkan....dah la cuti sabtu ahad dan kerja cuma 5 hari seminggu.....jadi cuti 30 hari tu sebenarnya dah kira berlebihan.....

rufi la saye, baru je nak masuk kije ngn kerajaan

lebih baik dikaji terlebih dahulu sblm ianya dikurangkan....apa beza kakitangan kerajaan yang lain dengan polis dan tentera..???yang lain pun buat kerja juga,berkhidmat untuk negara....so tiada perbezaan pun kecuali polis la....keje siang malam pagi petang....tu mmg di akui...cuti mereka mmg susah tp tentera???saya xnk komen lebih....tapi apa pun..."SAYA YANG MENURUT PERINTAH"


EmoticonEmoticon