24 Disember 2008

Kenapakah Wanita Berusia Menjadi Pilihan?


Assalamualikum dan salam bahagia semua.Saya menulis topik ini adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan saudari dila, saya akan menterjemahkan pandangan pribadi saya berkenaan dengan isu ini untuk dikongsi bersama.

Wanita berusia ataupun wanita sudah berumur menjadi pilihan si sibujang bukan lah sesuatu isu yang baru pada masa kini, ini kerana semakin banyak golongan lelaki bujang memilih pasangannya yang lebih berusia daripada umur mereka sendiri.

Fenomena inilah yang mengukuhkan lagi kata perpatah bahawa "Cinta Itu Buta.." Sebenarnya memang tidak menjadi satu kesalahan pun meraka meminati mahupun bercinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya walaupun 2,4,8 ataupun 10 tahun..

Perkara ini bukan sahaja berlaku dikalangan orang biasa malahan artis juga turut terkena tempiasnya sebagai contoh lihat sahaja Rita Rudaini (32 tahun) yang dikatakan telah berkawin dengan pemain bola sepak muda iaitu Aidil Zafuan (21 Tahun) secara senyap diluar negara pada baru-baru ini..

Apakah kelebihan wanita berusia jika dibandingkan dengan wanita muda ataupun anak dara sunti lah kata orang?:) Mungkin:

1. Pengalaman

- Pernah melalui liku-liku dalam berumahtangga dan ini adalah salah satu kelebihan wanita berusia ataupun yang bergelar janda.. Inilah kata orang, Banyak pengalaman tuu.

2. Memahami

- Lebih memahami keinginan lelaki berbanding dengan wanita muda yang hanya menuntut difahami jauh sekali hendak memahami pasangannya.




3. Matang

- Mudah dibuat bincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah tidak macam wanita muda yang hanya tahu merajuk sahaja hehehe..
- Wanita berusia juga dikatakan lebih bijak mengawal emosi, emm sapa yang tak nak betul tak..

4. Seksi

- Ini yang paling menarik perhatian.. seksi bukan sahaja dari tubuh badan malahan wanita berusia juga boleh dikatakan seksi dari segi tentangan matanya.. hah mana bley tahan beb..

Mungkin banyak lagi yang boleh dikupas tetapi memandailah dengan ini sahaja, bukan apa takut ada yang marah plak hehehe.. Walaubagaimana pun bak kata perpatah lain orang,lain tekak.Jadi terpulanglah pada tuan punya badan sama ada wanita berusia menjadi pilihan hati ataupun wanita muda.Saya juga mengalu-alukan apa sahaja komen anda untuk dikongsi bersama.



Sebelum menutup tirai, saya akan mempersembah beberapa pantun 4 kerat yang dikirim oleh rakan saya Joey yg berbunyi:

Cinta Hanya Di Jiwa,
Umur Hanya Pada Angka,
Kalau Belum Merasa,
Memang Tak Boleh Sangka.

Ikan Di Laut,
Ular Di Darat,
Cintaku Sahut,
Umur bukannya Daulat.

7 ulasan

Terima kasih Kak EmahTimah atas kupasan topik nie...

Tapi bagaimana pandangan masyarakat atas fenomena nie?

hahahha sye sndiri ramai kwn lelaki yg muda2..tpi tataw la kalau jodoh dgn org yg lebey muda lak :P
apa pn..rasulullah pn kawen dgn perempuan yg jauh berbeza usia dari baginda

tu lah namernyer jodoh my prend...

Salam Pn Emah Timah, Teringat kat Mek Wook pulak. Jodoh pertemuan di tgn Tuhan. Isteri saya pun lebih tua. Tapi tua setahun jer dari saya. Saya rasa masyarakat boleh menerima fenomena ini dengan hati terbuka. Bila dah ramai yang macam tu, dah jadi perkara biasa.

senang memahami..yg lebih tua ni kurang merajuk-rajuk kot..haha agak2 jer la

Jangan sampai si suami pulak yang banyak merajuknyer..huhu

kini sy berkawan ngan lelaki berusia 18 thn..dan umo sy pulak 31 thn...x terpk pon camtu..ntahla


EmoticonEmoticon