Malaysia Map

Resepi Agar-agar Lapis

04 Disember 2008


Bahan-Bahan:

2 bungkus agar-agar
2,000 ml air
50 g gula
½ cawan gula merah ¼ cawan susu pekat
Sedikit pewarna merah dan ungu
Loyang atau sebarang bekas agar-agar




Cara:

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur. Tapis dan bahagi agar-agar kepada empat bahagian. Didihkan agar-agar bahagian pertama bersama gula merah. Apabila masak, tapis dan ketepikan. Masukkan susu pekat ke dalam agar-agar bahagian kedua, kacau dan ketepikan. Untuk agar-agar bahagian ketiga dan keempat, campurkan pewarna merah dan ungu. Bagi membentuk lapisan pertama, tuang agar-agar berwarna merah. Biarkan agar-agar separuh keras, sebelum dituang agar-agar berwarna ungu, putih dan gula merah.
Panduan: Jika agar-agar menjadi keras, bolehlah dikacau di atas api perlahan, sebelum dituang ke dalam bekas untuk membentuk lapisan.

2 ulasan:

ukhwah muslimah berkata...

izin copy paste..nk trylh

anaNAZ berkata...

nak copy gak:)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails